Friday, October 2, 2009

Undangan majlis perkahwinan

Kami blk ke serdang pada 26/09/2009. Tp sebelum berangkat, ada 2 undangan mjlis perkahwinan yg kami akan kunjungi. Satu mjlis ank kepada Wan Daniel (Sepupu pd abah aku kot..hehe) & mjlis perkahwinan Khalil & Saly, ex-officemate aku.
Tp sblm blk, x sah klu x amik gbr c kecik yg dh x kecik lg nih..

Ariana with Umayrah


Them again. Ariana yg sgt suke ngan baby. Ada talent jd kakak yg baik x?

Ni gbr mjlis perkahwinan anak Wan Daniel. Mjlis diadakan di dewan PSPN. Dekat je ngn umah mak abah aku. Tiada gbr ngn pengantin coz kitorang smpi awal, dlm kul 12pm, kejar ms nk ke mjlis seterusnya plak. Dlm gbr ni hanya kak ipar aku je bpakaian yg sesuai ke mjlis perkahwinan manakala yg lain termasuk la aku sdri pki sempoi je coz kitorng terus menuju ke destinasi masing2. Aku, en hubby & ariana akan blk ke serdang. Manakala adik aku (bj pink) blk ke Kuala Terengganu. Mak abah & Dibah akan htr Nani ke sana. Nk shopping kat sana la 2. Huhu..Aku xleh join. Manakala angah & kak jana trs blk umah, dorang xde plan ke mana-mana. Selesai makan kat cni, kami bersalaman, berpelukan, then menuju ke destinasi masing2 dgn arah yg berbeza.

Setelah itu, kami akan menuju plak ke satu lg mjlis perkahwinan, Khalil & Saly di Temerloh, Pahang. On the way back to KL blh la singgah ke majlis dorang. Kami smpi di temerloh jam 4.00pm. Agak lewat. Pengantin pun dh tukar persalinan yg ke2 dh. Nasib baik nasi masih ade. hehe...Ni je gbr yg ade utk tatapan.


Bagai pinang di belah 2 kn..hehe... Kebetulan plak baju kami sedondon warnanya ngn pengantin. Sama2 hitam. Ariana je spesel skit. Klu aku tau dorang punye suit hitam, aku pakaikn ariana hitam jgk. hehe.. Dorang ni dua2 kje kat CR Asia. hehe..
Congratulations to both of them. Selamat menempuh alam br. Selamat mnjadi hubby & wifey. Semoga cepat mnjadi papa & mama cam we all ni. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Then, kami pun bergerak menuju ke serdang. Kami smpi di umah jam 10.00pm. Wow, mcm jln jauh sgt je. Kami terpaksa merempuh jalan yg sgt sesak di Karak Highway. Biase la, seme org sebuk nk blk ke tempat masing2. Xpe, biar lmbt, asal selamat smpi.



Thursday, October 1, 2009

Raya Keempat @ Beserah

Ni adala cite ry yg last utk thn ni. From sg ular, we're back to Batu Hitam pada malam raya ke4. Nk ke open house umah Makcik aku di Kg Jeram, Beserah.




Menu utama dh smpi..Mee calong (mknn glamor org Beserah)..aku recycle bj raya pertama.



Sesi berebut makanan

Tgk la c ariana yg xnk disuapkn bila makan. seme nk wat sdri. Tgk la aksi2 dia mkn sdri nih




Mkn ngan sudu & tangan



Bersungguh minum air.Minum pun pakai sudu...Aku kat sebelah layan mee yg sedap tu..


Sudahnya, pakaian ariana terpaksa ditanggalkan coz abih sup & air roselle tertumpah di bjnya (Ariana syg, klu anak mama bc blog ni 1 hr nnt, mama mtk maaf ye coz post gbr seksi ariana ni, hehe )


Kesimpulannya, raya thn ni adalah raya plg bes sepanjang almost 3yrs aku berkahwin. Alhamdulillah seme berjalan lancar. Perasan x, kami raya thn ni sebuk dok ulang alik dr batu hitam ke sg ular then ke batu hitam semula. myk kete pun mcm air je laju semacam. hehe..xpe la, raya kn setahun skali. 2 la kelebihan klu kg husband n wife dekat. xyah gdh2 nk blk kg mana...

Raya Ketiga @ Pekan, Pahang

Then, raya ke3, kami berangkat pula ke Pekan, umah mak sedara belah mak aku. Umah Mak Long. Kami konvoi ramai2 ke umah nya dgn 3 buah kereta, serbu umah maklong. So maleh nk celoteh bebanyak. tgk gbr jela ek..



We're in black..(apsal aku tutup mulut plak 2)

Ariana sengeh ade makne. 'Permainan' die di depan matanya..Hehehe..

Tgk 2, sengih lg.. Mood baik..

Seme tgh serbu kuih raya, sementara menanti menu utama

Ariana with Pak Lang & Aqieel. Ni sengeh paksa namanya..

Blk dr Pekan, kami trs blk ke Sg. Ular plak. Sekian utk raya ke3. Citer raya ke 4 plak menyusul..hehe..

Wednesday, September 30, 2009

Raya Kedua @ Sg. Ular

Tiada ape yg menarik sgt pada hari raya ke 2. Just beraya sekitar rumah my MIL je. FYI, sedara mara belah en hubby ku itu duduk sekelompok dlm satu tanah. so senang la nk beraya. Pusing2, jalan kaki je. Aku sdri pun x tukar bj raya coz maleh..boleh?

Sebelum g beraya, tgk la kanak2 ni bermain.

Memandangkn ariana yg paling 'tinggi' dan 'besar' di kalangan mereka, makanya ariana kene beratur depan skali. hehe..




Ariana suke main tin tin (btl ke aku eja ni), sambil mengira. Lgpun ramai yg suke melayan die. lg la die suka.

Tukar game plak

Ni plak gbr kami beraya di umah tok chik ariana. Lebih kurang 12pm. Abaikan penampilanku di hari raya ke 2. Maleh nk tuko bj..hehehe..


Dalam umah

Luar umah

Xsempat nk raya kat umah lain, ariana dh mula wat perangai. Nk tdo la 2. Lepas 2 aku trs blk umah tdo kn ariana. Ptg skit br la kami sambung g beraya umah yg lain plak. Tp tiada gbr kat umah yg lain coz kameranya tertinggal.

Mlm 2 jgk kami trs berangkat ke Bt Hitam plak coz pg esoknya (raya ke 3) kami akan ke Pekan, umah mak sedara aku. Nnt cite lg yek..

Tuesday, September 29, 2009

Raya Pertama Part 2 @ Sg. Ular

Memandangkn kg kami dekat je, so ptg 2 jgk kami balik ke sg. ular kg en hubby ku plak. Plan asal kononnya nk blk sg. ular raya kedua. Tp en hubby dpt panggilan yg mengatakan dorang nk wat BBQ mlm 2. Ish..xblh lepaskn peluang nih. So, dlm kul 6.00pm kami bertolak ke sg. ular. Layan gbr k.

We're in yellow plak. Konon bj ni nk pakai ry kedua. Tertukar plan la plak. Tgk ariana yg xreti dok diam.


Posing dulu jap


Papa siapkn peralatan utk memanggang


The chicken, ready fo BBQ


Bz nya..

Aku menyelit skit.Wat2 sebuk...apsal ttp mata plak nih..


Acara membakar makin rancak

Ariana klu dh jumpa geng2 dia, ngan mama papa pun xnk dh


Makan time..bes bes..

Dh siap mkn, ada acara main bunga api plak. Sponsored by Maksu Jaa..Tqvm maksuuu. Nnt sponsor la lg deh..



Acara bermula. Budak2 la plg suka main bunga api. Pak budak pun sama suka. hehe..

Ariana yg takut pd bunga api & mercun terpaksa ditenangkan terlebih dahulu.

Mula2 xnk pegang..

Lepas 2 br berani skit nk pegang. Tp x smpi 5saat trs dibuangnya. Tkt punya psl. Last2 papa ariana yg main..huh..

Ariana dok makin jauh drp bunga api krn ketakutan.

Ni la dia kesah raya pertama. Pasni kesah raya kedua plak..To be continue..


Monday, September 28, 2009

Raya Pertama Part 1 @ Batu HItam

Raya pertama di Batu Hitam. Pagi raya seperti biase lepas blk dr sembahyang raya, kami bemaaf-maafan. Tiada gbr utk tatapan. Dh siap bermaafan br la sakan bergambo.

We're in Orange

Kami sedondon


Helo Wan..


3 stooges..tgh tgu duit raya ye!!

Ni seme family aku termasuk SIL and anak sedara, tp en hubby ku tiada dlm gbr coz dia adala cameraman yg tegar..haha..


Hah..dlm gbr ni ada en hubby ku itu. Ariana dgn botol susunya


Ni la die cucu-cucu mak abah bersama-sama ngn mak sedara nya.Ariana yg maintain dgn botol susunya.hehe..

Ariana ngn aki wat iklan ubat gigi

Ariana ngn maksu plak


Then kami beramai-ramai trs ke Sg. Karang, umah sedara mara belah abah.



Kat umah makteh. Kanak2 dh mula bad mood. Kat cni la aku jumpa ngn Nik. Kita sedara rupanya yek.Sori aku xtau.Haha..lawak!!



Kat umah paksu






Man of mine, kena pksa pakai sampin.hehe..


Dh puas ariana kumpul duit raya..hehe.. kami trs balik. Rupa2nya org dh ramai berkunjung kat umah. Tetamu plak menunggu tuan rumah. Hehehe.. Ni la para hadirin sekalian.







Ariana yg sdh mule meragam, penat & bad mood.

Umah mak abah aku dh mcm kenduri dh. Penat giler time nih. Kan bes klu dpt tdo cam both of kids kat bwh nih. Nikmat je kn..




Umayrah & Aqieel lena diulit mimpi. Uishh..besnya. Mana ariana? Anak aku sorang 2 x kan tdo klu ramai org kat umah walaupun mata 2 dh mengantuk sgt2. Bak kata papa ariana, degil mcm mamanya. Hehehe..

Gitula raya klu kat umah mak abah aku. Mmg tiap2 thn cmtu. Ramai org yg berkunjung time raya pertama. Klu nk berjalan, kena tgu raya kedua la..To be continue lg..hehe..