Wednesday, October 6, 2010

Kelahiran Ammar (Part 3) - Dalam Pantang

Hari 2 aku ckp nk continue kn..lame btl br blh continue kn..hee..

Dalam pantang kali, sedikit menduga. byk btl dugaan kali ni.

Dugaan pertama
Hari ke 3 atau ke 4, ammar disahkan ada jaundis. time ni rs cam luluh je rs hati coz masa ariana baby dulu pun camtu jgk. aku dh agak mst kena admit ward ni. aku dh blh bygkan betapa seksanya time doktor ambil darah ammar nnt. before ke hospital, kami bwk ammar ke poliklinik beserah dulu utk kepastian. lps ambik darah, doktor cek jaundis ammar lebih dari 350. doktor suh msk wad. lemah dh rsnya. pegi HTAA doktor ambil lg skali darah ammar. kesian ammar, nangis xyah cakap la. jgn kata dia, aku pun nangis skali. mmg sgt kesian. doktor cek bacaan jaundis 388, makin tggi ok. hampir mencecah 400. kalu lebih dr 400, doktor akan operate tukar darah. nauzubillah..tu pun ammar dh kena puasa, masuk air bagai. pity him..maybe dorang nk ready for operation kot. nauzubillah..

2hari 1mlm dok HTAA kitorang dh blh kuar hospital. alhamdulillah, bacaan sudah menurun ke 204, so kitorang blh la blk. hepinye x terkira weh. lenguh habis 1 bdn. letih xterkata, phm2 jela org dlm pantang, ketahanan badan bkn kuat sgt. dok plak dlm hospital yg sejuk xhengat..mmg lemau la..

tp dugaan dtg lg. 2 hari selepas kami kuar dr hosptal, nurse yg dtg umah suh pegi semula ke klinik beserah untuk follow up sama ada ammar still jaundis atau x coz nurse tgk mata ammar masih lg kekuningan. aku dh mula rs berdebar-debar. riso la jgk kn. pegi ke klinik, bacaan jaundis naik sml ke 288. doktor suh admit ward lg skali..aduhai...meleleh lg air mata pompuan aku ni. sape blh thn tgk tgn si kecil kena tusuk jarum. haduii..aku xtrs ke hospital, sebaliknya blk umah dulu bincang dgn mak abah & en hubby. mak abah suh ke htaa coz riso tkt apa2 berlaku. tp aku n en hubby xbrp setuju coz aku tgk ammar cam seksa je kt hospital 2. lbh2 lg time ambil darah, 4jm sekali ok. kesian sgt. tp dlm ms yg sama, kami ttp riso keadaan ammar. tkt jgk jd makin teruk. jaundis klu teruk blh effect otak tau. so, setelah sepakat & memikirkan cadangan dokto klinik beserah untuk htr ke private hospital, kami cadangkan untuk bw ammar ke WYKO. alhamdulillah, kt cni aku rs lebih lega setelah doktor memberi penerangan yg sgt jelas dari A-Z tentang perkara ni. lebih2 lg bile doktor cakap ammar xperlu diambil darah 4jam skali & xperlu bermalam seperti di HTAA. lega aku mendengarnya. kami cuma perlu bwk ammar untuk tdo di bawah lampu biru selama 8jam tanpa henti (berhenti untuk BF sahaja) dan ada 1 bilik khas untuk aku berehat. kami admit jam 2.30pm - 10.30pm. then trs blh blk. plg bes bila time blk tu ammar dpt present dr hospital tu. biasa la klu private. tp gomen pn dpt present tau skg. HTAA la. xtau la aku hospital gomen lain. coz ms aku lahirkan ammar kat HTAA, ammar dpt hadiah dr HTAA. rezeki..berbalik pd citer td..present yg diterima ammar kakak dia la rembat. haha..biasa la kn.

esoknya , kami ke WYKO semula utk dpatkan result. syukur alhamdulillah, bacaan jaundis ammar turun ke paras 190. syukur yg xterhingga. pegi ambil result pun ammar dpt hadiah lg. rezeki lg.. alhamdulillah, amar makin sihat.

Dugaan kedua
Abah tak sihat. kali ni tahap kesihatan abah agak membimbangkan. btl2 menduga terutama mak aku. mn nk jaga abah lg, aku lg yg tgh dalam pantang, ariana yg makin lasak, si ammar & si umayrah. semuanya atas bahu mak. melihat keadaan mak yg agak kelam kabut tu, nk xnk aku terpaksa gagahkan diri jgk untuk jaga ariana, amar & diri sendiri walaupun dalam pantang. kesian sgt kat mak coz keadaan abah waktu tu mmg sgt membimbangkan. sehinggakan aku terpaksa call adik beradik aku yg lain terutama yg jauh2 untuk balik kg segera, riso kot apa2 perkara yg xdiingini berlaku. mmg betapa lemaunya badan time ni Allah je yg tau. Along bergilir dgn angah hantar abah ke klinik untuk check up. demam lebih seminggu xkebah2.sgt2 panas. pegi check up rupanya ada virus dalam darah, agak kritikal. mulanya abah disyaki demam denggi, tp bkn. makan ubat pun masih lg xkebah. last2 berubat cara tradisional. tp masih lg follow up di klinik.

bila abah x sihat, kami akan 'patah kaki' la. xde sape yg nak diharapkan untuk membantu uruskan semua mende. lebih2 lagi hari bekerja. klu hari cuti sabtu ahad or public holiday ada jgk en hubby aku, along & angah membantu. tu pun along & angah bertungkus lumus urus mana2 yg patut lps waktu bekerja dorang. kdg2 klu dh xde pilihan sgt, aku terpaksa redah jgk bwk kete dlm keadaan berpantang tu (tp dh sihat la skit), utk beli keperluan dpr dan sebagainya. nk buat cmne..tp alhamdulillah, berkat doa semua, abah dh semakin sht dh sekarang. alhamdulillah, Allah panjangkan umur abah.


ni seme gbr2 dlm pantang

abaikan gadjet ammar yg ke'pink'an..haha..seme brg recycle yg kakaknya.hee..



'pesyen' ape ni ariana weh? haha..


see..abah dh sihat..alhamdulillah..

No comments: