Wednesday, October 6, 2010

Kelahiran Ammar (Part 3) - Dalam Pantang

Hari 2 aku ckp nk continue kn..lame btl br blh continue kn..hee..

Dalam pantang kali, sedikit menduga. byk btl dugaan kali ni.

Dugaan pertama
Hari ke 3 atau ke 4, ammar disahkan ada jaundis. time ni rs cam luluh je rs hati coz masa ariana baby dulu pun camtu jgk. aku dh agak mst kena admit ward ni. aku dh blh bygkan betapa seksanya time doktor ambil darah ammar nnt. before ke hospital, kami bwk ammar ke poliklinik beserah dulu utk kepastian. lps ambik darah, doktor cek jaundis ammar lebih dari 350. doktor suh msk wad. lemah dh rsnya. pegi HTAA doktor ambil lg skali darah ammar. kesian ammar, nangis xyah cakap la. jgn kata dia, aku pun nangis skali. mmg sgt kesian. doktor cek bacaan jaundis 388, makin tggi ok. hampir mencecah 400. kalu lebih dr 400, doktor akan operate tukar darah. nauzubillah..tu pun ammar dh kena puasa, masuk air bagai. pity him..maybe dorang nk ready for operation kot. nauzubillah..

2hari 1mlm dok HTAA kitorang dh blh kuar hospital. alhamdulillah, bacaan sudah menurun ke 204, so kitorang blh la blk. hepinye x terkira weh. lenguh habis 1 bdn. letih xterkata, phm2 jela org dlm pantang, ketahanan badan bkn kuat sgt. dok plak dlm hospital yg sejuk xhengat..mmg lemau la..

tp dugaan dtg lg. 2 hari selepas kami kuar dr hosptal, nurse yg dtg umah suh pegi semula ke klinik beserah untuk follow up sama ada ammar still jaundis atau x coz nurse tgk mata ammar masih lg kekuningan. aku dh mula rs berdebar-debar. riso la jgk kn. pegi ke klinik, bacaan jaundis naik sml ke 288. doktor suh admit ward lg skali..aduhai...meleleh lg air mata pompuan aku ni. sape blh thn tgk tgn si kecil kena tusuk jarum. haduii..aku xtrs ke hospital, sebaliknya blk umah dulu bincang dgn mak abah & en hubby. mak abah suh ke htaa coz riso tkt apa2 berlaku. tp aku n en hubby xbrp setuju coz aku tgk ammar cam seksa je kt hospital 2. lbh2 lg time ambil darah, 4jm sekali ok. kesian sgt. tp dlm ms yg sama, kami ttp riso keadaan ammar. tkt jgk jd makin teruk. jaundis klu teruk blh effect otak tau. so, setelah sepakat & memikirkan cadangan dokto klinik beserah untuk htr ke private hospital, kami cadangkan untuk bw ammar ke WYKO. alhamdulillah, kt cni aku rs lebih lega setelah doktor memberi penerangan yg sgt jelas dari A-Z tentang perkara ni. lebih2 lg bile doktor cakap ammar xperlu diambil darah 4jam skali & xperlu bermalam seperti di HTAA. lega aku mendengarnya. kami cuma perlu bwk ammar untuk tdo di bawah lampu biru selama 8jam tanpa henti (berhenti untuk BF sahaja) dan ada 1 bilik khas untuk aku berehat. kami admit jam 2.30pm - 10.30pm. then trs blh blk. plg bes bila time blk tu ammar dpt present dr hospital tu. biasa la klu private. tp gomen pn dpt present tau skg. HTAA la. xtau la aku hospital gomen lain. coz ms aku lahirkan ammar kat HTAA, ammar dpt hadiah dr HTAA. rezeki..berbalik pd citer td..present yg diterima ammar kakak dia la rembat. haha..biasa la kn.

esoknya , kami ke WYKO semula utk dpatkan result. syukur alhamdulillah, bacaan jaundis ammar turun ke paras 190. syukur yg xterhingga. pegi ambil result pun ammar dpt hadiah lg. rezeki lg.. alhamdulillah, amar makin sihat.

Dugaan kedua
Abah tak sihat. kali ni tahap kesihatan abah agak membimbangkan. btl2 menduga terutama mak aku. mn nk jaga abah lg, aku lg yg tgh dalam pantang, ariana yg makin lasak, si ammar & si umayrah. semuanya atas bahu mak. melihat keadaan mak yg agak kelam kabut tu, nk xnk aku terpaksa gagahkan diri jgk untuk jaga ariana, amar & diri sendiri walaupun dalam pantang. kesian sgt kat mak coz keadaan abah waktu tu mmg sgt membimbangkan. sehinggakan aku terpaksa call adik beradik aku yg lain terutama yg jauh2 untuk balik kg segera, riso kot apa2 perkara yg xdiingini berlaku. mmg betapa lemaunya badan time ni Allah je yg tau. Along bergilir dgn angah hantar abah ke klinik untuk check up. demam lebih seminggu xkebah2.sgt2 panas. pegi check up rupanya ada virus dalam darah, agak kritikal. mulanya abah disyaki demam denggi, tp bkn. makan ubat pun masih lg xkebah. last2 berubat cara tradisional. tp masih lg follow up di klinik.

bila abah x sihat, kami akan 'patah kaki' la. xde sape yg nak diharapkan untuk membantu uruskan semua mende. lebih2 lagi hari bekerja. klu hari cuti sabtu ahad or public holiday ada jgk en hubby aku, along & angah membantu. tu pun along & angah bertungkus lumus urus mana2 yg patut lps waktu bekerja dorang. kdg2 klu dh xde pilihan sgt, aku terpaksa redah jgk bwk kete dlm keadaan berpantang tu (tp dh sihat la skit), utk beli keperluan dpr dan sebagainya. nk buat cmne..tp alhamdulillah, berkat doa semua, abah dh semakin sht dh sekarang. alhamdulillah, Allah panjangkan umur abah.


ni seme gbr2 dlm pantang

abaikan gadjet ammar yg ke'pink'an..haha..seme brg recycle yg kakaknya.hee..



'pesyen' ape ni ariana weh? haha..


see..abah dh sihat..alhamdulillah..

Jamuan raya Jabatan Pendaftar UKM

Hujung2 syawal ni, msh byk kan jemputan ke jamuan raya. mlm td jabatan pendaftar (ofis aku la kn) ada wat jamuan raya kat dataran canselori. meriah la gak kn coz jamuan kali ni blh bwk family. xsama cam thn lps, hanya rai staf je.

Time kami br smpi..Sejak akhir2 ni ariana xblh tgk aku atau en hubby pegang kamera, mst dia nk jgk..

Papa tgh dukung ammar.

Ammar didukung oleh Timbalan Pendaftar. Sempoi je orgnya kn..

Mana ariana time ni??tgk la gbr kat bawah..

org tgh sedap makan, dia plak syok baling batu dalam kolam tu. siap mengamuk lg sebelum tu coz pd mulanya aku xbg dia main. last2..lantak ko la ariana..haha..

see..makin ramai plak pengikut dia..hmm..alahai ariana!!

Gambar xbyk coz lg skali kamera di conquer oleh si tuan puteri ariana..

Tuesday, October 5, 2010

Kelahiran Ammar (Part 2) - Pengalaman bersalin

Dlm dok pening mikir mana nk bersalin tu, tetiba masuk mgu ke 38 aku rs skt prt lain mcm. ms tu kat opis. pg tu aku msk keje cam biasa. tetiba ofismate aku bwk buah duku. aku mmg gile ngan buah duku, terutama kalu dpt yg manis, mmg terbaik la. bg 3kg pun aku blh abiskan. dlm keadaan perut kosong aku mkn la duku tu. tak lama lps tu aku rs skt perut yg amat sgt, smpikn nk berdiri tegak pun xblh. memandangkan aku dh 38 weeks, makanya ats nsht opismate aku, dorang duh aku g klinik. aku call en hubby suh bwk aku ke klinik. pegi klinik, doktor cek, tu bkn skt nk bersalin memandangkan kepala baby masih blm engaged. just angin. lega disitu. tp msih lg skt. doktor x blh nk buat apa2, ubt pun xblh mkn, melainkan mc suh aku bykkan rht. bermula dr ini la pintu hati aku terbuka utk blk kg mgu tu jgk. dgn barang2 xberkemas apa2 lg, redha jela kn. nsb baik seme kje2 kat opis seme dh siap dh.

Sabtu, 17/7 dh start bertolak dr bangi ke kuantan. nsb baik xde rs skt dh. seme slmt. isnin 19/7, aku dh mula rs perut aku jatuh.tp msh lg blm rs skt. aku ajak en hubby ke klinik, doktor ckp blh bersalin anytime coz baby dh engaged. wah, berdebar2 x terkata la weh. aku dh blh byg camne rs skt ms ariana dulu. tkt la jgk kn. aku dpt mc utk 2 hari, 19 & 20/7.

Esoknya, pg selasa 20/7, aku dh mula rs mild contraction. tp msh lg blh tergelak2 sakan. berjalan ke hulu ke hilir. tp en hubby & mak aku plak yg riso tgk keadaan aku, so dorang suh aku trs ke hospital. aku ke HTAA, smpi sana doktor cek tknn darah aku, jantung baby & buat VE, jln dah terbuka 2cm, tp msh blm skt kuat lg. so doktor suh blk. aku teringat ms ariana dulu, kalu 2cm, esoknya br bersalin. so aku ajak en hubby blk. smpi umah, mak aku membebel nape aku blk, blh bersalin bile2 masa je coz ank kedua x sama mcm ank pertama. alamak, berdebo plak aku bila mak ckp camtu. tp msh blh cool lg. dlm pukul 2.30pm, aku dh mula rs skt yg kerap. cpt2 mak suh mkn nasi skit utk kumpul tenaga. mkn 2-3 suap je, aku dh mula hilang selera. aku rs cam nk ke toilet, tetiba aku nmpk dh kuar drh skit. cpt2 aku ajak en hubby bwk aku ke hospital semula. smpi hospital, lg skali doktor cek VE & jln dh terbuka 4-5cm dh. mak aih, cptnya. ptt la skt makin kerap. kalu aku tau secepat tu, baik aku stay je kat hospital pg tu. walaupun skt makin kerap, tp aku masih lg blh berjalan area labour room tu.

lbh kurang jam 6.30pm, aku dh mula rs skt yg amat2 skt. xtau nk ckp betapa sktnya time 2. aku genggam tgn en hubby, dia pun terasa sktnya aku genggam lengan dia. melihatkn keadaan aku camtu, en hubby pggilkn nurse then nurse cek VE dh 8cm. aku dh xthn sgt dh, skt gile2 punya rs cam nk tercabut nyawa je. ada sorang doktor pelatih tu tenangkn aku siap bacakan ayat quran lagik. tetiba aku rs cam nk meneran, sedangkan VE blm bukak 10cm lg. nurse suh tahan, tp aku xblh thn dh. last2 nurse panggilkan doktor & ada sorang doktor pelatih panggilkn en hubby aku msk labour room. setelah bertarung habis-habisan, maka lahirlah baby boy pada 20 Julai 2010, jam 7.32pm, seberat 3.2kg, yang diberi nama AMMAR ZHARIF SHAH BIN ZAIFUL KAMAL SHAH. Alhamdulillah..

Sejurus kuar dr labour room


Bersalin kali ni lebih mudah kot. Skt nya pun sekejap je. tp skt tetap skt ok. selesai je aku diberi minum air ape ntah..milo kot. then rehat.lebih kurang pukul 8 br dorang start jahit. pukul 10.30pm br kuar dr labour room masuk wad biasa. Esoknya pukul 6pm baru kami dibenarkan kuar hospital...to be continue..

Monday, October 4, 2010

Kedatangan mereka ke rumah aku..

musim2 raya ni kn, selagi x abih syawal, byk tul open house. ke sana ke mari asyik makan je kjenya. thn ni aku x berkesempatan utk buat open house mcm thn lps. phm2 jela kalu dh ada ank kecik ni. baby plak tu. x terhandle kang. thn ni, kitorang byk g open house umah org plak. gambar x byk plak amik.

tp smlm kunjungan kwn en hubby ke umah, rs cam bes plak. kedatangan mengejut mereka hanya dihidangkan dgn mee goreng sj.hehe..



Baru aku prasan, gambar kwn en hubby aku takde la plak. gambar ats tu wife & ank dia. hee..

Dh siap mereka seme mkn, kami seme ke open house blok sebelah. Blok A je pun, bkn jauh beno. umah kwn en hubby aku jgk.
En hubby riba ammar dulu sementara aku tgh makan.

Aku plak riba ammar.

tau x, kedua-dua gbr kat ats adalah hasil tangkapan ariana k. kami lsg xblh pegang kamera. tu psl ni je gbr yg ada. sabo jela kn. sekian..

Kelahiran Ammar (Part 1)-Sblm bersalin aka semasa mengandung

wah...tajuk panjang siap berepisod lg tuh..mcm pjg benor la citernye ye..hee.. k la memandangkan blog ni hampir2 nk jd sarang labah2, biar la aku citer dr awl ye dak?

ramai yg tnya, ke mana ko? ada jgk yg tnya apsal ko x update blog? aku jwb..oo..ada jgk rupanya yg belek blog ni..hee, tu jwpn sekadar dlm hati je ye. sbnrnya aku ada. x g mana-mana pun.cuma aku ni je. bila penyakit M mula menyerang, paham2 jela kan. maybe pembawaan budak kot. time 2 kan aku pregnant. haha..alasan semata-mata.

Ok. Blk pd tajuk asal. Alhamdulillah, aku dh selamat melahirkan baby boy 20 Julai hari tu. syukur, kami dh ada sepasang anak. pregnant kali ni, x byk kerenah sgt. takde mengidam mnde yg pelik2, takde high blood presure. kandungan dr mula pregnant sampai melahirkannya seme normal, baik dr seme segi. berat bdn pun x naik mendadak, seme ok. cuma aku batuk2 start dr kandungan 6bln smpi la bersalin. yg lain seme xde mslh.

Tp biasa la. klu dh pregnant mmg xterlepas dr rs penat. sepanjang aku pregnant mmg aku rs penat lain mcm. smpi kn nk bwk kete pun malas. start aku mengandung 5 bln, en hubby yg htr aku g kje, & start 8bln pregnant, dapur kat umah x berasap. hari2 mkn kat luar smpi naik jemu. kalu dh jemu sgt, en hubby yg jd tukang masak kat umah. hee..bkn sj je aku nk dera dia ye cume kadang2 rs jemu mkn luar, last2 en hubby yg masakkan. ala, skali skala apa salahnya kn kn ..hee.. so far, mengandung kali ni seme dipermudahkan..


Pregnant 5bln, kat zoo

6 bln, hari keluarga kejuruteraan mardi

8 bln, kuarters guru kat perak, umah nani

9bln, tgh sarat sgt2. menunggu hari je tu..kat ampang

Masa mgu2 terakhir pregnant, aku gigih lagi bekerja. berjalan ke hulu ke hilir. mengandung kali ni, aku suka sgt g jln2, biar pun badan penat. janji dpt g jln2. bygkan masa kandungan aku 8bln, sempat lagi aku ke penang ok. sempena ngan pertauliahan palapes adik aku, lan kat usm. siap jln2 kat komtar & sewaktu dgnnya. jln kaki plak 2. nsb baik x terberanak kat sana. hehe..

Msk 9bln je, aku dok pening mikir mana nk bersalin. sama ada serdang, putrajaya or kuantan je. pening tau mikir. kalu bersalin kat serdang or putrajaya, sape nk jaga ariana time aku skt bersalin. kalu bersalin kat kuantan plak, camne aku nk plan cuti. last2 kami gamble je blk kuantan ms mgu ke 38. nsb baik xde rs pape sepanjang perjalanan dr sini ke kuantan. alhamdulilah, akhirnya aku slmt bersalin pd mgu ke 39..nnt sambung citer..