Thursday, August 1, 2013

Kerisauan melanda

Tak ramai kot yang tau i'm prgnant for the 3rd time. Alhamdulillah rezeki terhebat thn ini. Sekarang dah 23 minggu, means next week dah 6 bulan. sekejap je kn. Due on 27 November 2013. Hampir sama dengan due kakak dulu. Dulu kakak due on 20 November 2007, tp keluar awal 10 November 2007. tak tau la kali ni. Aku cuma harap semenya selamat dan dipermudahkan. itu aje.

Sebab apa aku ckp camtu?? Pregnant kali ni agak menduga skit. mabuk, loya tu adalah perkara biasa. Cuma last check up semalam menunjukkan keputusan yang agak merisaukan iaitu :

1. Berat aku menurun hampir 2kg, sepatutnya mesti naik at least 0.5-1 kg kn. Mungkin sebab puasa kot. Alhamdulillah setakat ni still puasa penuh.. Fikir positif jela..

2. Blood pressure agak rendah. semalam check bp 100/70. doktor ckp border. kena hati-hati dan tak boleh buat kerja berat.

3. hb aku pun border. 11.2. sepatutnya 12 ke atas. yang ni pun doktor cakap kena hati-hati. kalau next check up jatuh sampai under 10, kena makan ubat..huhu..

4. baby dalam keadaan songsang. alahai.. doktor cakap yang ni tak perlu bimbang, memandangkan aku baru 23 weeks, ada banyak masa lg untuk baby pusing ke tempat asal.

5. uri berada di bawah, sepatutnya berada di atas. doktor cakap ada masa lg uri akan bertukar naik cuma yang doktor risaukan takut kalau bleeding, terus kena ke hospital. aduhai.. doktor nasihatkan supaya aku elak dari buat kerja berat.

Alahai, menduga betul kali ni. Aku tak pernah berada dalam situasi yang macam ni masa mengandungkan si arianna dan ammar. masa arianna jela tekanan darah agak tinggi masa minggu ke 36. dah 9 bulan. masa ammar seme ok. tapi kalini banyak beno dugaannya, so agak menganggu pemikiran aku jgk la..

Tapi dalam dok risau ada jgk yang menggembirakan. baby dalam kandungan aku ni dijangka perempuan dan berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah. tapi jantina tu masih samar-samar, kurang jelas lagi. aku sebenarnya takde la kesah sgt pasal jantina. yang paling paling paling penting, harap semuanya dalam keadaan selamat.


Apa-apa pun selamat berpuasa dan selamat hari raya pada semua. elok la kn blog ni dinamakan sebagai blog raya. sebab time raya je rajin update. kihkih..