Wednesday, March 12, 2014

Welcome to the world.. cerita yang sgt dah basi..

Ok fine.. tau dh cerita ni dh agak basi. aku dh mula kerja dh pun. tp still aku nk letak kat sini sbg kenangan.

Actually i'm safely delivered on 18 Nov 2013. Dah basi sangat kan.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun ada sedikit komplikasi.

Nama diberi Azalea Nur Zhahira, gegurl of coz, 3.3kg, @ 18.11.2013, 8.25pm. Bersalin pada minggu ke 38. Due date sepatutnya 27.11.2013. Memang anak2 aku lahir awal dari due date. Kali ni pun sama. Meh nk citer sikit dia punya kronologi..

15/11/2013 (Jumaat) - I'm still working, walaupun dah tak larat. Ada beberapa perkara yang berkaitan kerja perlu diselesaikan. memang aku target aku msh blh bekerja lagi seminggu, konon kalau masih takde tanda bersalin between 21-22 Nov 2013, memang kami akn blk kg mgu tu jgk, then apply cuti until 27 Nov. Jadi disebabkan itu, ada beberapa kerja yang tak selesai terpaksa diselesaikan oleh rakan sekerja. nasib baik aku dikelilingi oleh rakan sekerja yang memahami n baik2 belaka. Dorang la yang settle everything. nasib baik jgk aku dh list kan kerja2 tu awal2. list tu plak dah la handwriting, sbb utk rujukan sendiri kononnya. nasib la..

Harini jgk mak abah n abang aku datang dari kampung. dorang akan stay 1 night kat umah aku sbb esoknya kami akan berangkat ke Perak untuk melawat adik aku yang juga baru bersalin pd 10 Nov 2013 hari tu. well, besday anak dia sama ngan arianna plak tu. bagus betul.

16/11/2013 (Sabtu) - Kami nk ke Perak melawat adik aku si Nani yang baru bersalin. Tapi sebelum tu, sekolah arianna ada Majlis Graduasi plak. so before berangkat ke Perak, kami tgk arianna grade dulu. siap angkut seme wan, aki, pak ngah, mak ngah dan sepupunya skali ke Dewan Anwar Mahmud UKM. haha..kebetulan kan. blh la tgk ariana buat show. majlis dh mcm real convo dh, nasib takde cokmar..haha.. dipendekkan cerita majlis habis lebih krg pukul 11 pagi, tak sempat arianna nk bergambar dgn cikgu dia. kami terus ke perak. sampai sana lebih krg jam 4pm. penat x hengat kot..

17/11/2013 (Ahad) - Pagi tu kami masih di Perak. mak aku riso nengok keadaan aku yang makin x larat nk bawak diri. jangan terberanak kat perak sudah katanya..sempat buat lawak dorang tu. lebih kurang tengahari baru bertolak balik kl. mak abah trs blk kuantan. tp sebelum tu kami sempat singgah ke RnR Tapah beli apa yang patut. aku siap tapau jambu batu lagi konon nak bawak ke ofis esoknya. sampai umah dah petang. badan dh penat sgt2. tapi aku masih sempat gosok baju dan kemas beg sekolah anak2. beg2 baju yang kami bwk ke perak tu x sempat kemas lg. aku dh flat, penat dan dah mula rasa badan lain macam. tapi buat xtau je..pukul 9.00 malam lepas isyak dah tidur sbb badan terlampau penat dan dh mula rasa mild contraction. perasaan aku maybe tu braxton hicks kot. so buat tak tau jela.

18/11/2013 (Isnin)
4.30 am - Aku dah terjaga dan tak boleh tidur dah. mula rasa contraction kejap ada kejap hilang. tapi tak berapa kuat la.hati mula rs ni macam tanda nk bersalin. aku nekad blk kg time tu jgk. kejut en hubby btau dah ada mild contraction, btau dia aku nk blk kg sekarang jgk. dia terkejut terus bangun dari tidur. xsempat nk gosok mata ke geliat ke hape ntah. dia terkejut, betul ke nk blk kg skg katanya. sempat ke? kang terberanak dalam kete lg ssh katanya. aku nekad, nk blk kg jgk. sempat lg ni..sepantas kilat en hubby kemaskan pakaian. pakaian yang kitaorang blk dr perak tu x sempat kemas, trs angkut je. aku xleh nk tlg beria sbb sakit datang sekejap-sekejap. konon nk bwk jambu batu ke opis yg aku beli kat Tapah, semua x jadi. brg basah dalam peti ais, ayam, ikan yang mak bawak dari kg terpaksa diangkut semula bwk blk kg. 

6.30am - mula gerak balik kg dlm keadaan sakit. sempat lagi sms kawan2 ofis btau situasi. aku rs semua terkejut kot sbb due lambat lg. on d way ke kg, jalan jem la plak. yela, time tu org bz nk pegi kerja. nasib baik dah start cuti sekolah. kalau tak lg jem. tiap kali contraction dtg, time tu la hsbd aku risau. sbb takut tak sempat. sampai kat area seri kembangan tu dia tanya lagi, betul ke nk blk kg. kalau x hospital serdang dh dekat katanya. aku ckp, kalau sakit sikit2 mcm ni, mlm kang atau esok baru bersalin. nk sedap hati dia, padahal dalam hati aku riso jgk sebenarnya. tp aku berkeras nk blk kg jgk sbb fikirkan arianna n ammar sape nk jaga kalau aku bersalin waktu malam.

10.00am - dah sampai temerloh. sampai sini baru call mak btau dah ada tanda nk bersalin. mak aku ingat kami masih berada di bangi, spt yg dijangka mak aku x bg blk takut x sempat. tp aku ckp kitaorang dh ada kat temerloh..hehe..istighfar panjang org tua tu. dia cakap berani nya korang ni. nk jgk ic ank 06 kn. haha..mak aku ckp, mak dah agak dah mcm dh x lama je aku ni nk bersalin sbb perut dh kebawah sgt katanya. mak aku ckp lg, kalau tau mcm ni, baik dia xyah blk ktn dari perak tu. baik stay bangi je..mnde nk jadi mak..nk buat cmne..huhu

12.00pm - sampai umah mak. mak terkejut nape tak trs ke hospital and FYI contraction makin kerap. aku suh en hubby hantar anak2 blk umah mak dlu, nnt smpi hospital ssh sbb bdk2 tak blh masuk. mak cuma mengiakan je. lps htr kanak2 riang tu ke umah mak kami trs ke hospital. aku dah xleh nk senyum dah time tu sbb sakit makin menjadi-jadi.

- dah sampai hospital, trs kena buat CTG n VE. cek dah 4cm. trs warded. terkejut la jgk. mak aih, nsb baik x bersalin dalam kereta. alhamdulillah..mmg gamble btl la..kesian kat en hubby la penat drive dr kl x hilang lagi. kena tgu kat hospital plak..nsb baik ank2 dh htr umah mak. kalau x haru biru jadinya.

6.00pm- sakit melampau mula dtg. dh x keruan dh aku time ni. aku mula rs cam air mengalir kat bawah tp x byk..aku btau nurse, aku dah xtahan sgt2 dah. sakit sgt2..kebetulan time tu makanan sampai. nurse pun baik  hati paksa jgk aku mkn walau sesudu sbb tkt xde tenaga.selera aku time tu mmg kelaut dh. tp telan la jgk sesudu dua. air mata dh meleleh ni xtahan sgt dh. then trs aku ditolak ke labour room.

7.00pm-time ni mata aku asyik tgk jam je. jam dpn mata. mengira contraction. dia punya skt smpi tahap nk tarik rambut la. time ni kn nyawa di hujung tanduk. ada sorang doktor datang konon nk pecahkan ketuban, tp air ketuban dah takde. time ni aku rs skt ya Allah sukar nk gambarkn dgn kata2. rambut baby dah terkeluar. then doktor ckp baby dah berak dalam perut. ya Rabbi. trs doktor drip tgn aku. ade dlm 4 x drip kot, xkena urat agaknya. tp dh tak rs skt pun kat tgn tu.sbb skt nk bersalin tu lg skt kot. doktor kata kena htr emergency ceaser. aku dh mcm terpinga-pinga. mcm tak percaya pun ade. nurse tnya suami ada x kat luar, mcm2 la soalan dorang, ntah la aku dh x ingat waktu tu. tak lama lps tu aku dh mula rs baby nk keluar. tp doktor suh tahan. mslhnya aku dh mmg tak blh thn sgt2 then aku push je. aku push 2x je kot, trs bby keluar. time tu pukul 8.25pm. en hubby pun x sempat nk msk. alhamdulillah selamat. yg plg penting aku tak ceaser. yg ni plg aku tkt skali. alhamdulillah..

8.25pm - dh selamat bersalin kuar la si gegurl Azalea. time ni nurse jahit pun aku xrasa pape sbb kepenatan aku smpi tertidur. maybe dorang bius kot. sedar2 nurse kejutkan aku suh susukan lea, then time tu jgk aku nmpk en hubby kat bilik sebelah. dia baru lps azankan lea.

gitu la lebih kurang citernya. merasa la jgk aku dok hospital dua mlm sbb nk kene pantau plak si lea ni oleh pakar kanak-kanak ssb dia dah berak dalam perut kan. syukur alhamdulillah aku x ceaser. nyaris2 dh. mcm agak pelik jgk la, bkn ke bby yg berak dalam perut ni bby yg overdue. ntah la. tu seme kuasa Allah. yg penting semua selamat. tapi selepas sehari keluar hospital, kitaorang kena msk hospital blk due to jaundis. ni perkara biasa pd aku, tp kalini kuning lea sgt lama. 9 hari kene warded. lama giler. dia x mcm kakak n abgnya, dorang admitted 1 mlm je. ini smpi 9 hari. tu pun walaupun 9 hari dok hospital, tp kuning dia still not recover. umur dia 25 hari baru clear. lama kn. x penah2 mcm ni. ni seme dugaan. apa2 pun kami hepi dgn kedatangan org baru..


Lea fresh from labour room

masa terkena jaundis. kesian dia asik kena cucuk je

ni siap2 nk kuar hospital sbb kuning. tp kuning still not recover. 

 kakak yang sgt excited dgn adik baru. suka dia sbb impian dia nk dpt adik pompuan dimakbulkan. 

ms umur dua bulan dan makin byk mulut

 tgk la kakak yg protective..

skg dah 3 bulan. dah blh meniarap. nnt awk dah blh menyusur byk la kje mama..alhamdulillah ammar x penah kacau adik dia..dia suka main dgn adik dia dan xde rs jealous atau apa pun..abg gd boy..

bila lahirnya dia ke dunia, maka rutin harian mama n papa dia pun berubah. makin bz la jwbnya. hehe..terima kasih ya Allah di atas kurniaan ini. now i'm officially a mother of 3...;)







No comments: