Monday, July 14, 2014

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan. sekejap betul dah 16 ramadhan ek..minggu depan dah boleh balik kampung dah kn.. terdengar plak lagu raya kat radio lagi semangat nk blk kg..yahoo..

Alhamdulillah puasa kali ni berjalan lancar. cuma satu je yg tak berapa nk lancar kalau time weekdays. kena makan jem hari-hari. makan jem ni mmg takkan batalkan puasa. hehe.. jem yg luar biasa. nak taknak redah jela. apa boleh buat. aku pulak memang tak boleh nk kuar lewat kalau bulan puasa ni sebab dua2 taska anak aku tutup 5.30pm. mmg kejar masa. mula2 jemput ammar kat tadika yg berada dalam ukm ni, nak kuar dari kawasan ukm pun dah amik masa. sampai kat taska si lea plak, jarang la sharp 5.30pm. nak buat camne kn. dah cuba sedaya upaya utk sampai awal tapi apakan daya. bila dah amik lea, baru aku lega. tak kesah la sampai rumah lewat pun. kalau sampai lewat masak ajela simple2 kan. biasa aku sampai rumah around 6.15-6.20pm camtu. pernah paling lewat jam 6.35pm kot. mula la jd cam lipas kudung je buat keje, bersilat kat dapur..phewww..mencabar betul. mengalahkan supermama dah. mujur papa banyak membantu.

walau sampai lambat camne sekalipun, aku tetap masak jugak walaupun simple. aku taknak jadi cam thn sebelum ni. pegi bazar, tp makanan kurang memuaskan. penah beli ayam golek yang dah berbau. prffftt..dah la kita ni puasa, dpt plak makanan yg camtu..kecewa la jugak kn. pastu aku rasa penatnya mengalahkan aku dok dapur. dengan ramai orangnya lg. balik rumah lepas berbuka, masih lg kena masak utk sahur. so kesimpulannya, ada baiknya aku masak. sehingga ke hari ni dh 16 hari berpuasa aku masih belum menjejakkan kaki aku lg ke bazar. en. suami je pegi utk cari kuih or air yg susah utk aku buat sndri macam tebu ke, soya ke. aku serius mls nk pegi..buat masa sekarang la..

ni adalah antara menu yang penah aku masak sepanjang ramadhan ni. eh ada jugak yg en suami masak.. jaga-jaga..banyak gambar ni..huhu.. 

 puding karamel yang takde rupa..haha..nasib baik ada rasa..haha..

 bubur kacang durian requested by en. hubby

 nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, kuih buah melaka. lauk camni weekend blh la..

Nasi ayam bakar

 ayam goreng, tomyam, singgang n kuih..lauk gini jela terjadi kalau sampai rumah lewat..

 ni nama dia smoothy coconut shake from hubby with love ..mak aih panjang nama dia. kihkih. yg en hubby buat kena kasi nama panjang sikit.. puas hati minum, dapat 1 jug cmni.. kalau kat kedai brp rm nih??

 close up skit..

 dh minum skit br ingat nk letak aiskrim.. apa daaa..

 tu dia model manggis n buah rambutan. memang hantu buah-buahan deme ni. 

 ikan kembung goreng 2 ekor je tu pun tak abis..ikan masak lemak cili api n sotong goreng kunyit.. pastu kuih..kuih ni mmg beli la..

 mee goreng basah.. jadila..


 tu dia mereka yg sangat rajin buat kuih. sedang buat kuih buah melaka a.k.a onde-onde

ni la hasilnya. kalau dah buat sendiri macam2 kaler la boleh buat..

 ni plak tengah masak kuih bakar a.k.a bingka pandan. air tangan en. hubby ni..guna pemanggang ajaib jela sebab kat rumah takde oven..hehe

ni la hasilnya lepas kuarkan dari pemanggang tu.. walaupun rupa tak berapa cantik, tp sedap tau bang.. (ayat mcm nk suruh buat lg je..hehe)

tu kuih bakar yg siap dipotong. aku plak masak mee kari n mee sup. kanak2 kat rumah tu memang tak boleh makan pedas. so kena la buat sup utk dorang

 ikan sardin goreng, pajeri terung n ikan tongkol masak kicap

 kuih bakar n seri muka. ok ni aku mengaku bukan aku yang masak. yang ni beli. memang terbaik..


 kesian deme2 ni. keletihan. si kakak nampak makin kurus plak sejak berpuasa ni. bagus kakak. ammar plak belum mula puasa lagi, tapi nampak penat mengalahkan orang puasa. "Ammar 'kose' la mama" katanya. 'kose' la sangat walaupun tangan dok pegang kuih..haha

cik adik sorang ni, suka kacau mama kat dapur kan. abis bekas disepahnya..cepuk kang..

bes plak main masak2 kali. berbaloi la rasanya. sedap ke tak sedap belakang kira.. hehe.. yang penting kenyang..haha. selamat berpuasa n selamat berbuka.. #ilovecooking ;)

No comments: