Thursday, September 25, 2014

Pengalaman pertama kali urus persekolahan anak

Ini betul2 cerita zaman purba ni.. haha.. eh takde la purba sgt kn. awal tahun ni je..haha.. ok tak kelakar. aku nak cerita jugak.. dah lama kot peram kat draft.. huhu

Aku nk cerita la serba sikit perihal sekolah si arianna ni. kan aku dh cakap, apa saja yang berlaku pd arianna adalah first experience aku (eh bkn aku sorang, papa dia pun sama) dari semua segi, termasuk la hal persekolahan dia.


Alkesahnya si cik kak arianna kan dh mula sekolah thn ni, darjah 1. bila fikir psl sekolah dia, perkara pertama yang bermain dalam kepala otak aku adalah tempat transit dia. aku dah mula fikir menda ni since umur dia 5 tahun lagi sebab masa umur dia 5 thn (2012 kot) pendaftaran sekolah darjah 1 2014 dah bermula. time ni rasa cam alahai sekejap je anak aku dah besar.. huhu.. itu pun aku tau psl registration ni melalui kawan2 aku yang ada anak sebaya arianna. kalau tak, tak berdaftar la arianna gamaknya, sebab tak tau la plak kena daftarkan anak 2 tahun lebih awal sebelum mula persekolahan.. huhu.. masa tu dah mula pening mana la sekolah yg ada transit macam tadika dia masa tu. kena cari dua sekolah, sekolah kebangsaan dan sekolah agama la nampak gayanya.

tanya kawan2 yang ada pengalaman. sambil2 tu ada jugakla aku google mana2. serius memang pening. ada yang cadangkan sekolah integrasi bandar baru bangi, ada jugak yang bagi cadangan sekolah jalan 3 bandar baru bangi. dua sekolah ni je yang aku dengar ada transit. mungkin ada lg kot sekolah lain, tp masa tu aku tak tau punca mana lg nk cari sekolah yang ada transit. maksudnya, selepas habis sekolah pagi, akan ada tempat untuk anak aku makan, mandi, rehat sebelum ke sekolah petangnya.. gitew.. kalau sape2 yang ada anak bersekolah paham la kot maksud aku. terutama bg kita mak2 ni yang bekerja.


katanya first time kan, kami mama papa dia siap pegi survey tau dua2 sekolah tu tgk cmne keadaannya.. bkn nk tgk keadaan sekolah, mana sekolah sama je keadaannya. tp nk survey pasal transit tu la.. aku sbnrnya tak kesah pun ariana sekolah mana, yang penting tempat tu mst ada transit. so dipendekkan cerita, kami pilih sekolah jalan 3 jela.. dengarnya , sekolah agama bersebelahan je dgn sekolah jalan 3, transit pun kat situ jgk. ok lega disitu. aku pun sepakat la dgn papa dia untuk daftarkan arianna kat sekolah jalan 3. dengan harapan yang menggunung tinggi.. eceh.. aku harap arianna dapat la bersekolah kat situ. sbb pd aku senang, tak perlu la ariana naik van atau bas untuk ke sekolah petang. dekat, jalan kaki je..aku tak tau la apa penyakit aku yang tak berapa suka anak aku naik van/bas sekolah. papa dia pun sama.. macam tak confident je. kenapa ek? ntah la..mcm2 fikir.. dah kata first time kan, mmg mcm2 la fikiran yang timbul. takut ank tersalah van/bas la, risau takut ank ketinggalan la..kena bawak lari la..mcm2 la..haha.. ke aku yg paranoid?? huhu...mungkin bukan masa nya lg kot...ok lupakan.. aku ni siap berangan bagai la, konon pagi aku hantar sekolah, petang jemput dia sebab sekolah tu dekat je dgn tempat keje aku.

penat jgk weh nk recall balik apa yang berlaku..haha.. tu la kalau tak update terus ni la bahananya.. hee.. ok kita teruskan.. ;p

rupa-rupanya menda ni tak semudah yang disangka. pada pertengahan tahun lepas (tak ingat bulan brp), sape2 yang mendaftar anak darjah 1 2014 kat sekolah jalan 3 diwajibkan menduduki peperiksaan untuk melayakkan penempatan darjah 1 sekolah berkenaan. mak aih.. aku macam jakun kot. tak pernah plak aku dengar masuk darjah 1 kena duduki exam. yang aku penah dengar, budak darjah 1 perlu duduki exam untuk menentukan kedudukan kelas.. yg ni bila dh  confirm tau sekolah mana la kn baru ada exam. ni tak, sekolah belum tentu dapat, tp dah kena exam bagai.. aku tak tau la kot sblm ni mmg camtu prosedur nya, sbb sebelum ni aku tak penah amik tau pun hal2 persekolahan. dah ada anak msk darjah 1 br ko tau kan..huhu.. sekolah lain aku tak tau camne.. ni baru darjah 1 kot, dah ada exam bagai..amboi. esok2 kalau bdk2 ni msk U camne plak kekdahnya. aku tak paham dah. layankan aje..redah jela kakak. aku ni mama dia yang stress kot..haha.. yela, nk kena buat revision bagai.. cik kak tu relaks je..haha.. aduhai..

masa exam berlangsung, ibu bapa dikehendaki menunggu dalam dewan, sambil dengar taklimat. wallah..sebiji mcm nak masuk U. ni blm tentu lagi si ariana dpt sekolah tu ke tak. dah kena dgr taklimat bagai. ada dua perkara yang menarik perhatian aku sepanjang aku dengar taklimat tu, pertama, guru besar maklum, sekolah jalan 3 merupakan sekolah kluster, elite, berprestasi tinggi (tiga2 ni lebih kurang sama kot). maknanya sekolah bijak pandai la ni kot. patutla ada exam bagai. fine!! yang kedua, jumlah student yang mendaftar darjah 1 kat sekolah tu, kalau tak silap aku waktu tu, mencecah 600++ pelajar. mak oiii..ramai kot. yang diluluskan kementerian cuma 400++ students untuk darjah 1 dan sekolah mengutamakan pelajar yang beralamat seksyen 3. amik ko.. aku ni, daripada meletakkan harapan yang tinggi, trs hilang harapan untuk tempatkan ariana kat sekolah tu. sebab apa? sebab daripada 400++ pelajar yang diluluskan kementerian, 300++ adalah pelajar yang beralamat seksyen 3..adusss.. so maknanya, bermungkinan tak sampai 100 pun students yang beralamat luar sekyen 3, termasuk la anak aku. kami bkn tinggal kat seksyen 3. kecuali kalau ariana bijak pandai terlajak mungkin akan dapat la kot. huhu.. aku dh putus harap dh. bukan apa, aku taknak tekankan sangat arianna sebab baru darjah 1 kot..ada rezeki ada la kakak.. tapi dlm masa yang sama kepala otak aku ligat memikirkan mana la aku nk letak ariana untuk darjah 1 andai kata dia tak terpilih. aku buat tak tau je sehingga la keputusan keluar..

bila keputusan keluar, seperti yang aku jangka, arianna tak dapat sekolah tu memandangkan alamat kami bukan di seksyen 3. fine, menda yg dh dijangka. aku mmg tak harap mana dah. kementerian memaklumkan arianna akan ditempatkan di sekolah jalan 4, memandangkan ianya berdekatan dengan rumah kami. cisss, kalau aku tau la, baik drp awal lagi aku daftarkan arianna sekolah jalan 4.. kan senang.. huhu.. okla, menda dah lepas. at least kena la belajar dari pengalaman kan. dah settle semua pendaftaran kat sekolah jalan 4, pening plak nk cari tempat transit. aku rs dah byk kali dah taip perkataan transit ni.. ye serius pening, mana aku nk letak arianna lepas habis sekolah pagi sebelum ke sekolah petang??

sesudah tu,  kami search sekolah agama plak utk ariana. biasa la kena la tanya orang yang berpengalaman kan. rupanya sekolah agama ada dua jenis, satu sekolah agama bawah pengurusan JAIS (kain sekolah warna hijau), satu lagi ABIM (kain sekolah warna purple). tak tau la aku kot ada lg sekolah agama yang lain kan. so aku tanya sekolah agama yang bersebelahan sekolah jalan 3 tu, sekolah agama kat mana yang ada transit selain sekolah tu. so ustazah situ mencadangkan sekolah agama area jalan 5. eh, bukan ke jalan 5 ni area rumah aku ke? so, kami pun sepakat ke sana untuk bertanya. rupanya sekolah agama kat jalan 5 adalah di bawah satu pengurusan yang sama dengan sekolah agama area jalan 3 tu. di bawah  pengurusan ABIM. tempat tu pun ada transit. fine.. tanpa fikir panjang kami bersetuju untuk daftarkan sekolah agama ariana di situ jgk. selesai masalah. rupanya Allah ada perancangan yang lebih baik. sekolah agama tu pun dekat je dengan rumah kami. jalan kaki pun boleh. Alhamdulillah.. sebelum ni tak pernah plak terfikir nk tnya sekolah yang berhampiran dengan rumah, sebab ingat kan sekolah tu takde transit.. prfffttt...


Selesai dah la urusan persekolahan arianna. cuma tu la, apa yang berlaku tu semua pengalaman pertama kali. ni belum lagi masuk bab urusan pembelian barang-barang persekolahan dia, pembelian buku, pasal yuran dan sebagainya. kalau aku cerita semua mnde ni, mau panjang dah karangan aku. haha.. rupanya sekolah kebangsaan memang takde yuran dikenakan eh. haha..baru ku tau..hape, ingat tadika ke ada yuran pendaftaran bagai.. haha.. aduhai.. takpe belajar melalui pengalaman..

kakak masa hari pendaftaran dan orientasi. mak ko yang cuak kakak oii.. kakak relax je mama tgk..huhu..

Alhamdulillah.. today i'm 32 and ready to be more older..;p.. eh nak jugak ke bgtahu..hoho..

No comments: