Thursday, June 26, 2014

Perkembangan Anak-Anak

Eh lama plak rasanya tak bercerita pasal perkembangan anak2 ni kan. tetiba plak rs terbuka pintu hati nk bercerita kat sini kan. boleh la jadi kenangan bila dorang besar blh la baca kat sini je kan. tu pun kalu blogger ni masih lagi wujud la time tu. elok la kita mulakan dengan cik kak kita..

Kakak Ariana

tu dia kakak. dia memang sayang sangat si kecik ni. ariana ni, apa saja perkembangan dalam diri dia, itulah pengalaman pertama yang aku lalui. dr mula pregnant sampai la sekarang ni. semuanya first time merasa dalam hidup aku. macam tahun ni, dia dh nak masuk 7 thn, means tahun ni dia darjah 1 la kan. bermula dari urusan pendaftaran sekolah,  persediaan kelengkapan sekolah dan apa saja berkaitan dengan persekolahan ariana adalah pertama kali kami uruskan. sebelum ni aku memang tak peduli langsung psl cuti sekolah. kalau dulu, rasa nk bercuti je ikut suka la nk cuti bila, bukan cuti sekolah pun takpe. tp sekarang kena la alert psl cuti sekolah. dah tak boleh nk ponteng sesuka hati. jadi ada byk mnda la aku kena belajar, banyak kena bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman la kan. lebih2 berkaitan dengan hal persekolahan.

macam baru2 ni keputusan peperiksaan mid year dia dah keluar. baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. hari tu ada perjumpaan ibu bapa kat sekolah kebangsaan untuk melihat perkembangan dan markah peperiksaan dia la.. ok alhamdulillah, result dia agak memberansangkan jugak. ok aku admit budak2 sekarang memang bijak-bijak. yang dapat no 1 dalam kelas dia straight 100% utk 10 subjek. mak aih.straight A tu xyah ckp la. yg bkn straight A tu blh bilang ngn sebelah jari. pandai btl la bdk2 sekarang ni. apa2 pun tahniah kakak utk keputusan exam kali ni, baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. ni baru permulaan. ada byk kali peperiksaan yg bakal dilalui. harap2 keputusan exam dia utk yg akan datang akan meningkat, sekurang-kurangnya maintain pun takpe. InsyaAllah..

Abang Ammar



abg ammar pun sayang sangat adik dia. kalau mainan dia, adik dia main tak marah pun. kalau kakak dia main, siap la gaduh deme ni. tu la ammar, suka cari pasal kn. kalau tak gaduh tak sah. kadang2 dgn mama pun nk gaduh. walaupun dia kerap gaduh ngan kakak dia, tp ammar ni teramat rapat dgn kakak dia. kemana saja dia pegi mst igt kakak. macam cuti sekolah baru ni, kakak dia dok kat kg. sepanjang ms mulut tu kakak aje disebutnya. kalau ke pasaraya, mst dia akan amik makanan dua, satu utk kakak katanya. pdhal bukan dia tak tau kakak dia kat kg. baik la sangat kn. tapi time ada kakak, gaduh aje. ammar ni seorang yang garang tapi manja. hehe.. kalau kat sekolah, pijak semut pun tak mati. sopan la sangat. pendiam. kalau kat umah, hehe.. kitaorang je yang tau.. ni ikut genetik sape nih. kihkih..

pagi tadi baru je lepas pegi perjumpaan ibu bapa kat tadika dia. ni la yang aku nantikan selama ni..hehe..aku mmg tak sabar nk tau perkembangan dia kat sekolah. sebab ammar ni peel dia lain sikit dari kakak dia. ariana dia jenis rajin, suka belek buku dr kecik sampai sekarang buku la mainan dia. mcm ammar ni, dia macam kurang berminat sikit ngan buku. dia jadi cepat bosan. kecuali kalau kita dok semeja buat homework dgn dia, baru la dia nk buat. tu pun puas la pujuk rayu apa bagai. tapi td lps jumpa cikgu aku macam agak surprise jgk dengan perkembangan dia. Alhamdulillah sangat. memang budak lelaki camtu eh..nmpk mcm relax je, asyik main je. tp rupanya ok je. ke aku yang terlebih risau sgt psl dia. Alhamdulillah..lepas ni kena tingkat kan lg ye dak ammar..  ada jugak aku tnya peel ammar kat sekolah. cikgu kata ammar ni nakal la jugak tapi rajin.hihi. cikgu ckp rajin dr segi menolong cikgu. klu bab writing dia cepat bosan. haha..sabo aje..kalau kat umah awk rajin tak ammar? 


Adik Azalea

alahai adik.. dah 7 bulan lebih dah awak. cepat btl awk besar ek. mama rasa macam br je lahirkan awak. dak tecit ni dh byk akal dia. antara dia, kakak n abg dia, rasanya dia la paling cepat perkembangannya. seawal usia 2.5 bulan, dia dah meniarap. tak sampai umr 4 bulan dah mengesot. blm sampai 7 bulan, dah merangkak. amboi, cepatnya. sekarang memang terserlah 'kelasakan' dia. gambar kat atas tu dia nk tarik wayar putih tu..amboi.. skrg dia dh nk berdiri dah.  penah sekali dia nk berdiri, seronok sgt agaknya dia dpt berdiri, dia berani lepas tgn dia konon nk tepuk tangan. sekali melepek jatuh. huaaa melalak la. mama tak sempat nk sambut. mana taknya,  merangkak pun amatur lagi, ni nk berdiri plak. lps tgn plak tu. 

ni budak peramah skit. byk mulut. kalu dalam kereta dok 'menyanyi' aje. suara dia je dengar. kontra btl ngan mama dia.. haha.. ikut sape la agak2.hahaha.. tak boleh tinggal sorang2 kat hall, for sure melalak. si adik ni jugak kuat makan. alhamdulillah setakat ni mknn dia semua homemade. belum pernah lg dia merasa cereal yg dibeli. harap2 mama dia consistent la dalam penyediaan makanan utk dia ye..seronok plak masak utk dia sbb dia makan aje apa yang aku masak. tapi yang aku pelik berat dia payah btl nk naik..huhu.. takpe, asal awk sihat sudah..

ni anak2 ku masa beberapa jam selepas dilahirkan. atas kakak, kanan adik, kiri abang.. hihi

kadang2 kan aku terfikir jgk kan, cukup la tiga. lebih2 lagi bila deme2 ni buat perangai serentak. ataupun kalau papa dia ada urusan luar, bila rasa tak terhandle tu mula la fikiran camni timbul ..haha.. plak mama dia memang kekurangan kesabaran sikit..haha.mula la.. tapi bila fikir2 balik cukup ke 3? rasa macam sikit je plak..plak dah.. haha.. kalu ikut belah aku, adik beradik aku 6 orang (kalau termasuk meninggal, 7 orang la), tapi adik beradik suami aku 3 orang je.. tak kesah la..ada rezeki ada la.. yang sekarang ni pun sbnrnya lebih dari mencukupi, apa lg nak kn.. kalau nk menambah pun tgu la 4-5 tahun lagi kot. eh..tp kena sedar diri la umr time tu dah brp ek? hehe..malas nk pikir la..