Friday, December 5, 2014

Lumrah Kehidupan






Yup inilah kehidupan. tak semuanya smooth, tak semuanya berjalan lancar. sedang elok ia berada di landasan yg hampir betul, tetiba ada pulak masalah yang menimpa. kecelaruan berlaku. by hook or by crook we have to face it..  sesungguhnya hidup ni terlalu banyak kejutan. perlukah kita lari daripada masalah?? terima kasih la kepada sesape yang berkenaan kerana lari dari masalah/tanggungjawab dan terkontang-kanting meninggalkan beban/tanggungjawab yang sedia ada.. terima kasih.. adakah kita patut ketawa, menangis atau buat bodoh sahaja??? aku cuma mengharapkan hikmah di sebalik kejadian.. perancangan Allah adalah lebih baik..malah yang terbaik..


**luahan rasa yang takde kena mengena dgn masalah keluarga, cuma kecewa dengan sikap seseorang.. sekian
**oo ye.. gambar adalah ehsan encik google tau..

Monday, December 1, 2014

Aduhai..

Finally, berakhir jugak MAHA 2014 setelah berlangsung selama 10 hari lamanya. amboi, leganya aku macam aku plak urusetianya. haha.. takdela, aku sememangnya takde kena mengena la dgn MAHA 2014, tp tempiasnya tetap ada la kan..

Sepanjang MAHA ni diadakan, tinggal kami bertiga ajela.. Aku, Ammar & Azalea. ini adalah disebabkan en. suami i yg dicintai tu terlibat menjadi urusetia sepanjang MAHA ni diadakan. ini bukan pengalaman pertama, so bila MAHA bermula, aku dh tau jadual dia confirm akan lari dan sah2 pegi kerja seawal jam 7.00 & balik jam 12 tgh mlm. huhu.. kena la bersedia dr segi fizikal & mental selama 10 hari ni. redha ajela ye. demi sesuap nasi katanya, anggap jela rezeki ye dok.

owh ye.. awatnya bertiga?? bkn berempat ke? Mana si kakak ariana kita? ni la mendenya yg aku nk cerita. Arianna ada di kg sekarang ni. seronok kemain minah tu ye.. dia tak tau yg si adiknya (omaknya skali la..haha) tgh menanggung rindu yg teramat kat dia.. Sebulan sebelum cuti sekolah dia dh buat permintaan nk balik kampung tinggal dgn wan (my MIL). so memandangkan permintaan dia pd waktu tu masih awal konon, maka aku dgn beraninya buat perjanjian dgn dia..amik ko kn dh terkena..huhu

Hari tu (sebulan sblm cuti sekolah), balik dr sekolah je trs meluru kat aku yg tgh masak.. 

Arianna : Mama, kakak ada mnde nk bincang dgn mama ni. (amboi ayat kemain..)

Mama : Amboi, tak boleh mandi dulu ke? 

Arianna : ala, kejap je mama..pls..pls..pls..

Mama : ok apa dia yg penting sgt tu?
(Sbnrnya aku dah maklum apa yg ariana nk bincangkan sbb papa dia dh inform awal2 kat aku melalui whatsApp psl mnde ni. dia dah bincang dgn papa dia awal2 lg..hmm..)

Arianna : boleh tak cuti sekolah nanti kakak nak duduk dgn wan? kakak taknak la dok taska, x bes..

Mama : Wan mana? wan mama (mak aku) atau wan papa (my mil)
(eceh, mama. buat2 tak tau plak. nk berlakon kena la real kn..hihi)

 Arianna : Wan papa. sebab wan dah cakap kat kakak nnt tinggal dgn wan cuti sekolah nnt. teman    wan. kesian wan sorang2..boleh la mama..
(sambil kelip2 mata tu tak tahan btl mama. padahal wan dia bergurau je sbb setiap kali nk balik dr       kampung ke sini, mst dia meragam taknak balik. so wan dia ckp la cmtu supaya dia x meragam.. hadeii)

Mama : nnt la mama bincang dgn papa dulu. bagi mama masak dlu boleh?
(cepat2 lari topik)

Arianna : kakak dah btau papa dah siang tadi. tapi papa suruh bincang dgn mama..ala..boleh la mama..
(prrffttt..papa ni mmg tau, saja nk perangkap mama kan sbb aku tau papa pun serba salah dgn permintaan dia yg satu ni.. tetiba mentol menyala atas kepala.. datang satu idea yg tak terpikir pun selama ni..)

Mama : boleh, tapi dengan syarat..

Arianna : yeay..ok kakak janji..tp apa dia?
(blm apa2 lg dah ter'yeay'..acane??.. siap dh berjanji bagai dh kenapa..lawak la kakak)

Mama : kakak tau kan exam dah dekat nih. so syaratnya, kakak mesti dapatkan sebanyak mungkin hadiah dari sekolah untuk exam nnt. boleh ke?
(yg papanya dah tunjuk syarat "thumbs up" dah dari jauh)

Arianna : tapi kalau kakak x dpt camne? kakak tak dapat blk kg ke?

Mama : sape kata kakak tak dapat blk kg. blh blk kg, tapi tak boleh la tinggal dgn wan sbb kakak mungkir janji..so kakak kena la dapatkan jugak hadiah kat sekolah, br blh tinggal dgn wan..

Arianna : (sedang berfikir sambil pegang dagu tajam dia tu) ok mama, kakak setuju. nnt kalau kakak dpt hadiah, kakak nk dok ngn wan cuti nanti..mama kena janji..
(amboi kemain confident ye)

Lepas tu, dh siap mandi semua.. dan2 tu jugak amik buku nk study..see, psikologi namanya. kemain lg dia.. aku bukan apa..bkan x yakin dgn ank sdri. perjanjian antara aku dgn ariana ni adalah secara spontan, bkn dirancang mahupun disengajakan.  aku tidak meletakkan harapan yg tinggi pada arianna supaya cemerlang peperiksaan dia. aku cuma bg dorongan je, taknak paksa dia. biar dia sdri yg nak. bkn aku nk sgt hadiah tu kn..lgpn cik kak ni, byk main kot..kepala otak dia pikir nk main je..

dipendekkan cerita, setelah selesai exam dia, dan dah tau pun resultnya, resultnya pun so so aje, alhamdulillah.. blh la.. ada 1 hari tu , dia blk dr sekolah, dia tunjuk surat kat aku..kemain melompat2. suratnya yg berbunyi ibu bapa dikehendaki hadir untuk memeriahkan majlis anugerah kecemerlangan pada sekian2 tarikh dan tempat, untuk anugerah sekian2... alhamdulillah, eh tak sangka la omak ko ni yg ko akan dapat jgk apa yg ko nak. syukur..


Tahniah kakak, mama really proud of you. br la phm perasaan mak ayah kita kn.. 

tetapi alamak, tetiba teringat perjanjian yg tak formal yg dibuat antara aku dan kakak sebulan lps. aku dan papa dia diamkn aje dlu memandangkan dia takde sebut apa2 pun. lgpun beberapa hari sebelum majlis ni, en suami btau yang nama dia tersenarai sebagai urusetia untuk MAHA tahun ni. MAHA bermula 20hb-30hb. cuti sekolah mula 22hb. so camne nk hantar cik kak tu blk kg kalu dh cmni gayanya. memang tak dapat la blk kampung cmni.

tapi, seminggu sblm cuti sekolah, wan dorang (MIL) call en suami mintak supaya ariana tinggal di kg cuti sekolah ni. adala beberapa kali call. jadi makin serba salah la kami kan. ariana bila dpt tau cmtu, mula la dia teringat perjanjian sebulan lps. huhu, igtkan dah lupa.. cuma problemnya tu la, cmne nk htr kakak ke kampung kn.. nak dijadikan cerita, adik ipar aku (adik en suami aka Maksu ariana) nak balik kampung pada 22hb dan dgn sukacitanya wan dia minta kami supaya ariana blk dengan maksunya. hmm.. berat la jgk hati ni sbb kami tak biasa berjauhan kn, tetapi sbb pikirkan mak mertua, dan perjanjian itu, maka kami turutkan ajela.. lagipun ariana sekadar minta nk tinggal dgn wan je. bkn nk ke legoland, mahupun hong kong disneyland kn.. mudah-mudahan semua baik2 aje la dia kat sana nnt..

Ariana kemain seronok dok di kampung ye. hampir setiap masa dok berwhatsApp dengan adik ipar, nk tau perkembangan dia.. ni la antara aktiviti dia di kampung...

Ni masa on the way ke kampung dalam kereta paksunya

 ke pantai..besnya..

kutip kerang katanya..

amboi, mandi kat luar..auuuw..shekshi...huhu

tau ape mnde deme2 ni kutip.. beruduuu.. amboi2..mentang2 umah dia takde seme ni..hehe

amboi siap make up bagai nk kemana..

besonya lolipop

jalan2 dgn maksu.. patut la suka balik kg ye, dilayan bagai puteri..


manakala papa nya plak busy uruskan MAHA. maka tinggal la kami bertiga. yang paling kesian skali adalah si budak Ammar Zharif. kesian dia sbb kakak je asik disebutnya. ayat paling tak boleh blah skali yg terkeluar dr mulut dia .. 'sian amar, amar takde kawan', 'sian amar, kakak takde', 'sian amar, nape kakak taknak balik, seme org taknak kawan dgn amar'. aduhhh..aku yg mengadap hari2 dgn dia, tak ke kesian. sentap jgk la.. aku pun, meh la amar main ngn mama meh..mama dgn adik kan ada..huhu..

puas la mikir aktiviti apa untuk mereka berdua tu (ammar & azalea) supaya dorang tak bosan. mulanya mcm terpikir gak nk bwk dia ke karnival upin ipin, tp rs mcm xde keberanian plak sorang2 nk handle mereka berdua. aku ni, kalu takde papa dorang, memang tak kuar umah la.. rupanya baru aku tau..tau pun melalui FB, karnival upin ipin mmg padat, sendat dgn manusia, jalanraya pun sesak. mujur la tak pegi. so tgk ajela gbr apa aktiviti kami di rumah..

Dia amik screwdriver papa dia, then baiki basikal kakak dia.. tp sekejap je, x sampai 5 minit pun, then masuk umah, bosan katanya..huhu..


 
conteng2 kat kotak papa dia punya.. belasah la amar..

dia nk kuarkan mainan dia semua..ni br sikit..layan..

petang skit, bwk la turun bawah main basikal.. ada 1 tragedi berlaku di mana , basikal oren dia HILANG..huhu frust la jgk..

malam tu, dia amik screwdriver nk bukak kete mainan dia tu sbb rosak katanya. padahal takde bateri je pun. abis tayar seme tercabut.. bgs, kreatif sangat kn..huhu


ada skali tu, aku rendam kasut sekolah kakak dia sbb nk basuh kn..amar offer diri nk basuh kasut tu. abis seme kasut dia nk basuh. tgk ni la hasil kasut yg dibasuh.. tu pun kalau ikutkn dia, byk lg kasut dia nk basuh..layan..


tu ragam si ammar. yang si adik plak, kemana saja aku pegi dia akan membontoti aku. tak kira di mana mama dia berada.. paling susah kalu nk urus diri sendiri la, nk mandi ke, solat ke..kalu aku ke bilik air, dia akan ketuk pintu bilik air dum dam dum dam..x berhenti2 tanpa jemu sambil mnjerit2, tanpa sebarang budi bicara, sampai la aku keluar. aduhai.. nk buat apa kat dalam tu pun x senang tau dik..alahai.. nk solat pun sama..abg amar bagus sbb jaga adik time mama solat, tp si adik ni cukup pantang kalau abg dokong dia..nak2 time dia nak kaco mama dia solat..meronta-ronta la dia..sah2 la x kusyuk mama korang nk solat tau.. kena la bg something supaya dia ralit..
  
owh adik, geram mama rasa nk gigit tau..

Phew, lap peluh mama melayan kerenah korang.. kena la mama buat sendiri seme mnde kn.. mujur la ada korang berdua..kalau x tau la mama camne..mst bosan je hidup.. uolls really makes me alive la..:')