Tuesday, December 16, 2014

Rumah kami syurga kami : Progress

Hah.. nampak tak kelainan (la sangat) pada blog aku.. hehe... aku mmg tak kreatif. guna custom mana ada je.. ni pun nk boleh ke siap, memakan masa berhari2..haha.. tu psl aku tukar mood private untuk seketika sebab mmg habis blog aku ni jd gile..ke aku yg gile..haha.. sudahnya ni je hasilnya???haha.. bantai la labu..


Ok..back to tajuk asal..Instead of 'rumahku syurgaku', jom kita ubah menjadi seperti tajuk di atas. tak menarik?? takpe..kata rumah kami sekeluarga kan.. aku dok belek2 gambar dalam hp ni..nak transfer kat pc sbb dh berat kebeno hp aku nih..bila susun balik letak dalam 1 folder khas untuk progress rumah kami, rasa mcm wow sangat.. alhamdulillah setakat ni apa sahaja yg berkaitan dengan rumah semuanya berjalan lancar. harapnya lancarlah sehingga kunci diserahkan kepada kami. oo ye, kami beli rumah di bandar akademia, beranang nun. agak jauh jgk dr tempat keje kami. aku rasa mende ni tak pelik kot eh..

Ada cerita tau sbnrnya di sebalik pembelian rumah ni. hehe.. takde la citer apa sgt pun. sebelum kami buat keputusan nk beli rumah ni, kami mmg survey dulu. kata en. suami, tak kesah sama ada rumah tu baru atau secondhand, janji elok dan sesuai dengan kemampuan kitaorang. dh survey sana sini, ada yg berkenan (rumah secondhand), tp tak berkenan plak dgn kawasan rumah tu. ada plak kawasan cantik, tp rumah plak mcm prfttt..mst byk kos renovation plak.. tp yg paling tak boleh tahan, especially rumah baru, harga dia ya rabbi.. mahal weh. kalu dalam kawasan bangi ni jgn mimpi la dpt rumah harga below 200k..huhu..nanges.. 

sekejap berkenan sekejap reject.. yela, nk beli rumah kn..kena la beli yg puas hati..value for money kata org..

pastu ada yg cadangkan di Nilai, Negeri Sembilan. tak ingat la taman apa.. kami pun pegi la konon nak survey je pd mulanya. kebetulan plak masa kitaorng smpi tu, tengah ada hari pelancaran rumah tu plus rumah terbuka aidilfitri ..dalam bulan syawal waktu tu. mmg dh rasa berkenan sgt dgn show room dia. dh siap book dan byr deposit bagai dah..

pastu nk jadi citer, kami pegi ke Warta, Bangi dgn niat nk pegi makan. kat situ mmg sentiasa ada booth untuk jual rumah. kami ni gatai pegi tgk plak booth kat situ. skali 'ter' berkenan plak dgn Bandar Akademia. sebab harga rumah kat situ mmg kami mampu milik dan bentuk rumah pun mmg menjadi idaman kami. cuma satu je problemnya, kawasannya agak jauh dgn tmpt kje kami. so en. suami amik brosur dan esoknya kami singgah kawasan ni nk melawat tapak.

dipendekkan cerita, tanpa byk soal, setelah berurusan itu ini, bertanya itu ini dengan sape ntah aku lupa namanya, kami terus setuju nk booking. aku pun takde byk soal bila en. suami setuju nak book rumah kat situ. dan deposit rumah yang kami bayar kat Nilai tu hangus begitu sahaja..hmm..

Aku mmg tak tau sangat proses pembelian rumah. almaklum x pernah beli rumah la katakan. memang rumah ni atas nama suami aku sepenuhnya. mana la tau kot ada rezeki lain blh beli rumah atas nama aku plak kn.. proses dia agak lama jgk la..mula2 ms en suami dpt surat daripada Perbendaharaan mengatakan loan rumah lulus, blh dikatakan hampir setiap bulan dok meninjau kawasan rumah ni.. excited terlebih katanya..  setiap kali datang mst ada perubahan.. bernula dari terpacak tiang sampai la sekarang..last tengok minggu lepas..

Bulan April 2014


Bulan Mei 2014

Bulan Jun 2014



Bulan Jun jugak tapi minggu lain.. excited terlebih katanya..hee


Budak berdua ni dh siap berbincang yg mana satu bilik mereka..hee

Ogos 2014


September 2014


Latest minggu sudah 13/12/2014




cuba tgk keterujaan dia..haha..


Alhamdulillah.. hampir siap..jiran-jiran pun dh mula nk naik jugak rumahnya. betul ke dengarnya nk menunggu CF tu lama? skg nama CF tu dh tukar jadi CCC (certificate of completion and compliance) kan?? hmm.. tak tau la aku.. tunggu jela progress seterusnya... mudah-mudahan semua berjalan lancar. kami tak kesah apa org nak kata. rumah tu jauh la, byk masalah dgn pemaju la, hape la.. i really don't care..eceh.. aku rasa perumahan mana yg takde masalah kan..tak byk, sikit mesti ada. tak kesah la, yang penting kami bakal memiliki rumah idaman dan harap semua masalah dapat diatasi..