Wednesday, December 24, 2014

Pray for Pantai Timur

Takut tgk berita sejak akhir-akhir berkenaan dengan banjir di Pantai Timur. Nampak mcm worst je. ada plak yg whatsup gambar2 di sana. menakutkan. kesian. 

malam tadi aku ada call mak abah. riso jugak sbb call berbunyi tapi tak berangkat. dah kenapa? banjir ke? try call handphone abah nasib baik mak pick up. rupanya telefon rumah rosak mungkin sbb disambar petir. syukur sebab rumah mak tak dinaiki air. setakat lopak air kesan drp hujan tu biasa la. alhamdulillah. 

teringat tahun lepas. masa tu aku baru je lahirkan si lea, dh setahun umurnya skg. masa tu musim tengkujuh macam ni la, kuantan kan banjir teruk. kami masih bernasib baik sebab rumah tak dinaiki air. paling teruk paras buku lali, tu pun dh risau yg amat. dah la kita tgh berpantang kan. terpikir jugak waktu tu, selama ni rumah mak abah tak penah banjir, kalau la tiba2 banjir kat kawasan rumah mak abah aku, camne la agaknya. syukur alhamdulillah semua tu tak berlaku. cuma pada waktu tu bekalan elektrik dan air mmg takde selama 4 hari. itu pun dh rasa seksa sgt dh. ni kan plak mangsa2 banjir kan. apa2 pun kita mampu berdoa mudah-mudahan dilindungi kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai di sana. mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian yang menimpa.. aaaminn.

aaaminnn ya rabb..

(sumber : fb)