Monday, January 12, 2015

Cuti Sekolah - Hotel de Art, Shah Alam

Owh tak terlewat kot rasanya untuk wish Selamat Tahun Baru 2015. Macam2 berlaku sejak akhir-akhir ni kan. kebanyakan berita yang agak menyedihkan..dengan banjirnya, berita QZ8501 nya.. speechless dah aku. tak tau nak cakap apa dah.. :(

Ada jgk rasa mcm nk buat highlight 2014, lepas tu tiba-tiba mcm malas la plak..prftttt...suka ati ko la..

Cuti sekolah panjang baru ni, pada asalnya kami takde plan nk bercuti kemana-mana. faham2 jela akhir tahun ni. macam-macam menda nak kena settle terutama hal yuran persekolahan anak-anak dan renew roadtax insurans kereta kami. memang setiap tahun mcm ni la rutinnya. faham2 jela kalau dah yuran + roadtax insurans dah brp ongkosnya..orang lain lg hebat pd ni tak kecoh punggg..haha..so cuti sekolah mmg tak rancang utk bercuti.

Tapi tiap2 tahun kebiasaanya kami laki bini akan apply cuti akhir thn. tertakluk pada baki cuti masing-masing la kan. aku dh apply cuti 29-31 Disember tu disebabkan tadika ammar tutup masa tu. en. suami pun apply cuti. dia lg la dh mula cuti since 25 Disember sampai 2 Januari. amboi..amik ko..so memandangkan masing2 dah apply cuti yang agak panjang, dan setelah membuat pengiraan kos perbelanjaan, maka plannya moh la kita blk kampung ajela walaupun baru je lps amik kakak di kampung dua minggu lepas. aku suka je..

Tapi biasa la, kalu dh merancang tak semestinya menjadi. tak sangka plak banjir besar berlaku di Pantai Timur menyebabkan laluan utama ke Pantai Timur tutup. Jalan alternatif ada, tapi laluannya agak jauh dan kami taknak ambil risiko. riso jgk buatnya tak lepas balik ke sini semula kang, susah jgk. dah la sesi persekolahan dah nak mula ni..

So kami plan nak bawak anak2 ke Cameron Highlands pula. ngada2 kan, tadi kata tak plan nk kemana-mana, ni kata nk ke Cameron plak..huhu..Papa dorang siap book hotel dah dan anak2 terutama Arianna pun dah tau rancangan ni. TAPIII pun tak jadi jugak.. huhu.. juga dengan alasan yang sama. musim hujan, takut laluan ke sana banjir tetiba, tanah runtuh ke kan..mana la tau. so. dah beritahu Arianna situasi sebenar, mujur dia faham. kang buatnya dia nak jugak pegi..haru.. yela sbb dah janji kn.. budak2 ni kalu dah janji paham2 jela..

aku cadang plak ke Melaka or PD, en suami kata boring sbb dh byk kali pegi. ok fine.. aku pun dengan nada bergurau bersuara laa..susah2 sgt jom kita pegi Icity je la. Shah Alam je, bkn jauh pun. dan en. suami dengan nada gembira dia jawab apa tau, OK SET.. lorrrr, aku ni pikir kot la dia bantah sbb dekat kot. haha.. dan en suami menyerahkan semenya pd aku untuk book hotel dan survey tempat untuk terjah selain Icity. aku buat muka pelik? apa ada kat shah alam? dah la dia setuju cadangan aku nk ke shah alam, pastu takkan nak ke Shah Alam sampai dok hotel?? skali skala hiburkan anak2 katanya. hiburkan mamanya skali. amboi statement. lagipun katanya kalau nk ke I-City, malam baru happening. takkan mlm2 nk blk time tu jgk lps ke I-city dgn bdk2 lagi. ok, btl jgk tu. alang2 dh tak jadi balik kg n cameron pun x jadi kn. book la hotel semalam je pun.

google punya google, aku berkenan ngn satu hotel ni, tu pun lepas kawan blog aku MamaElly buat review psl hotel ni. Hotel de Art namanya. hotel bajet yang ada byk tema. kami check in 29 Dis. check in je, soalan pertama yg aku tanya, tema apa yg aku dpt? haha..sbb masa booking aku tak confirmkan tema, yang penting ada je, maklumla musim cuti ni kan. phm2 jela. dah la book last minute.. redha jela apa tema yg dpt..surprise sgt..haha..moh le tgk gambar ajela yep..

tu dia hotelnya. mcm rumah kedai jek?? eh, bkn sebarang rumah kedai tau.. eceh..

 Ni pintu depan sblm masuk lobi

Ni lobi..Masuk je lobi serius terpegun. nama pun de art kan. memang berseni la hotel ni.. ok not bad. blm masuk bilik lg

again. kemain posing ngn bear besor..

 dapat kunci trs naik bilik. tangga menuju ke bilik. tgk, berseni tak??

 lorong masuk bilik. wow pink purple sgt.. suka..

hah ni dia biliknya.. berbintang-bintang.. omey la sgt..kami ambil triple room. maklumla dah makin ramai ni kan. ambil superior kang mau ada yg tido bawah..haha


 nmpk tak gambar sape tu?? tu la tema nya..tema michael jackson..kah kah.. bantai la labu.. berangan kot dapat tema hello kitty ke, mickey mouse ke,,hmm x dapat.. amboi over mama korang..budak2 heran pun tak..kaahhh..


  kakak dah cop tempat dia dah..

ammar pun cop katil nak tido dengannya adik katanya.. amboi abih mama papa nk tido mane?? deme2 dah mula buat macam rumah sendiri,.suka ati korang la..

 hat ni biasa la ...


 malam sblm nak keluar. posing depan tangga..

 bergambar ngan 'michael jackson'.. masa ni dah nak check out..

 Ammar nk jugak dok dalam ni.. kasi can la kan.. dah nak check out dah waktu ni..

peluk la bear beso tu..


tgk tu toilet dia. aku berkenan sungguh la dgn design dia. berangan nk buat kaler ni utk toilet sendiri blh tak?? boleh la kn, berangan kan takde charge dikenakan..haha..

Overall..pada aku hotel ni ok sangat. harga  tak sampai RM 200.00 pun semalam, complimentary breakfast, parking and wifi. Laju kot wifi dia. haha.. breakfast plak ala carte, bukan buffet. pd aku ok la sgt..breakfast plak di Hailam Kopitiam siap ada 10% diskaun lagi kalau order makanan lain kat situ untuk sape2 yang menginap di hotel ni. so far puas hati..

Eceh, dh mcm duta la plak. eh takde takde.. saje je nk buat review skali skala.. pada aku ni la contoh hotel bajet yang boleh dicontohi oleh hotel lain sebab bersih dan cantik. blh datang lagi next time.. tapi jgn la ada yang bajet hotel ni ada pool plak..mmg takde la..

Nanti kalu rajin aku up entry pasal jalan2 ke Shah Alam..hihi.. macam dah jalan jauh sangat je gayanya..haha..

No comments: