Tuesday, January 13, 2015

Cuti Sekolah - ICity Shah Alam

Pagi 29hb Disember 2014 hari tu, awal-awal lagi dah bersiap. siap breakkfast apa bagai la. tapi memandangkan hari hujan, kami keluar rumah takde la awal pagi sangat. lebih kurang 11 pagi baru keluar. dah nak tengahari dah.. takpela lambat skit kan. lagipun check in pukul 3. so sampai sana kononnya nak ke Taman Botani dulu la dengan harapan bumi Shah Alam cerah la hendaknya..ecehh..

tapi langit tak selalunya cerah.. wahaha.. ayat ko.. rupanya kat Shah Alam pun hujan jugak. demi menghabiskan masa sementara nak tunggu jam 3 untuk check in, moh la kita round shah alam.

mula2 en. suami bawak round kat area Taman Botani. kan asalnya memang nak ke sana dulu, tapi dah hujan, kita tunda la esoknya plak untuk masuk ke dalam. tu pun kalau cuaca mengizinkan. pusing-pusing kat luar jela dulu. yang penting dah tau tempatnya kat mana. then ajak en. suami menuju ke Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah), masjid glamor kat Shah Alam tu. Ajak dorang seme solat Zohor. Kali terakhir aku ke Masjid ni masa umur aku 13 tahun kot. terpegun waktu tu sebab kalau nak berwuduk tak payah susah-susah bukak pili, just hulur je tangan, air akan terkeluar. hah, waktu tu memang jakun habis la. anak-anak aku mula dah buat macam rumah sendiri, berlari ke sana sini. maklumla luas kawasannya. mujur tak kena tahan kena mak guard. hadoii sabo jela wahai anak.. 

tak sedar kot lama sangat kat masjid tu, dah dekat 3.30pm baru gerak ke hotel untuk check in. dah check in, konon nak rehat la tidur ke apa ke kan,, tapi harammmm tak leh tidur. bkn sebab bertukar tempat tidur ye, tapi kanak-kanak riang tak tidur acane omaknya nak tidur. budak2 mana reti penat. yang tidur cuma lea je, tu pun sekejap sangat sebab kakak dan abg dia membising. haha.. kita ni puas la memujuk deme2 ni suruh tidur, sebab malam nak kuar jalan2..hmm...haram..lg deme melompat-lompat adalah.. takpe asal mereka happy..

malam lepas maghrib terus keluar. pegi makan dulu. ajak en suami ke Seksyen 2, lps tu baru ke Icity.

 jom tgk map dulu


Budak berdua ni terpegun tgk lampu cantik2..panggil untuk amik gambar pun buat dek je..hihi





 budak berdua dalam tu...kemain tersengih-sengih tanpa disuruh..








 hah yang kelakar.. ni la yg dorang dok takut sangat. sorang pun taknak bergambar. buat kena gelak dgn 'hantu' tu je..boleh buat umpan nih..hahah..

  Gigih tak mama ambil gambar sambil dukung si kecik..;p



hah ni aku suka...

nak ke Icity tiada bayaran dikenakan TAPI seperti yang sedia maklum, parking dan game kat dalam tu ada la bayaran yang dikenakan. kalau tak silap game kat dalam ni paling murah RM5 rasanya. lupa lak. 

lepas dah round Icity konon nak masuk Snowalk.. mmg dah ada dalam kira-kira untuk ke Snowalk. nak jadi cerita, panas plak badan si lea. demam la plak..risau jgk nak bawak dia masuk situ. plak ramai yang cakap snowalk kan sejuk sehinggan -4c suhunya.. risau takut melarat je demamnya..takpela..maybe next time.. nasib baik tak berjanji apa-apa dgn budak berdua tu. kalau tak, mst asyik ber'zikir' ajela..hihi..

masa first time pegi sini, tak ingat thn bila, snowalk takde lagi. masih under construction kalau tak silap aku. hanya boleh masuk pintu depan je untuk bergambar. game pun tak banyak waktu tu. tapi sekarang macam2 ada..

lebih kurang pukul 11 malam kitaorang dah balik hotel. btl kata en. suami, nasib baik book hotel. kalau trs balik bangi rasanya mau ada yang pengsan..haha..aku la tu.. blh thn penatnya..
 

No comments: