Tuesday, July 14, 2015

Dah nak raya

Aku memang dah takde mood nak buat kerja, walaupun kerjanya ada. Mood raya dah on dah lama dah. nampak tak kemalasan tuan blog kat situ. hehe.. pejam celik sekejap je dah nak raya. kat radio pun semuanya lagu raya dah sekarang, dah takde lagu lain dah. InsyaAllah petang ni kami akan berangkat ke kampung. targetnya sebelum berbuka la. kena la standby makanan dalam kereta in case traffic jam. kami kan memang 'suka' redah jem..haha. tahun ni turn kampung aku, so dia punya excited tu terlebih la skit.

Aku? ok je. kot la kalau ada sesape yang tanya la keadaan aku kan. hihi.. sihat aje, bertambah sihat aku rasa dengan pertambahan berat badan yang bagai johan ni. seram plak aku nengok badan sendiri. kah kah.. life pun so so je. takde la hebat mana, tapi bersyukur la dengan apa yang ada. oo ye, aku sekarang pregnant dah 29 minggu ye, means lebih 7 bulan. tapi kan bila tgkkan badan aku yang bsr luar biasa ni, rasanya mcm 9 bulan pregnant. nanti dah 9 bulan camne la gayanya yek.. kalau cakap camni kat en husband, marah ni. ayat dia kat aku, 'la ada ke pompuan mengandung tapi perut kurus, flat??kalau ada meh sini abg nk jumpa'. upahnya jelingan maut n cubitan di lengannya oleh si bini. hambik nak sangat kan. hehe.. ramadhan kali ni, aku ada masalah penyakit M. haha..mmg x brp rajin sgt2.masak pun alahai. kalu sblm ni, suka mencuba resepi baru. dekat2 nak raya, suka buat kuih raya. thn ni, sendu.. huhu..pembawak budak kah? haha..kesian baby plak dipersalahkan..haha..

Kalau dr segi persiapan raya untuk anak-anak, kami memang tiap tahun akan prepare before ramadhan. baju ke, kasut ke apa2 jela yang berkaitan dengan anak-anak. excited? ni bukan sebab excited nak sambut raya sangat pun. tapi kami lebih suka shopping barang budak-budak, bawak dorang sekali. senang ukur terus. kalau tak muat blh terus tukar. lg satu aku tak suka membeli barang dorang ni time bulan puasa sebab tak sanggup nak hadap lautan manusia kat mall, pastu nk kena hadap jalan jem. adoi nk termuntah rasanya. sudahnya satu hape pun tak dapat. baik settle awal2..senang. barang2 mak pak dorang takde masalah. kalau xde kat mall, online pun blh.

so far, Arianna puasa penuh setakat ni. x banyak songeh sangat dia. cuma bab sahur tu kadang-kadang dia suka buat mama dia geram. payah beno nak bangkit tido. ayat yang kuar dari mulut mama dia hampir setiap hari ialah..'cepat bangun makan, nanti tak sempat makan kang, lapar kat sekolah. kalau tak puasa harini, kakak kena ganti sorang2. org lain makan, awak kena puasa'. tu dia..main2 ngan mama yang macam rimau jadian ni. terus bangun.. sahur dia wajib ada nasi lauk telur mata n kicap. makanan lain dia reject. 
tu dia kakak. elok sangat la buat muka macam tu. abaikan latar belakang yang x semenggah tu ye..

ni kisah ammar plak. tahun ni merupakan tahun pertama ammar berpuasa. aku sebenarnya tak plan pun nak latih dia puasa thn ni. tapi dia yang nak sgt puasa dengan rela hati. mgkin cikgu dh bg pendedahan kot. mama ko dah risau dah. boleh ke? ala, sebenarnya bukan dia puasa sangat pun. yang penting dia tau apa itu puasa. kalau hari sekolah, sahur dia jam 6.30 pagi. haha.. bantai la ammar. kat sekolah langsung tak makan ye. masa hari pertama dia puasa, aku ni asyik berwatsap la dgn cikgu dia tnya keadaan dia. ok ke tak. biasa 1st day puasa, kalau dapat dalam setengah hari ataupun sampai pukul 10 am pun ok la. ni tak ye..dia boleh tak makan sampai jam 4.00pm ye..cikgu cakap dia ok, tapi tengahari waktu tido dia tak boleh tido mungkin sebab kelaparan. alahai kesian. tapi cikgu cakap, waktu minum petang, cikgu try tanya, ammar nak makan tak? dia angguk lemah dan dengan lahapnya dia makan. adoi.. nak gelak pun ada.. hi anak2. bila hari kedua berpuasa dan yang seterusnya, dia boleh puasa sampai jam 5pm. bila dia nampak mama dia je masa jemput dia kat sekolah, soalan pertama yang dia tnya, "mama, dalam kete ada makanan tak?" haha..kesian. tapi ammar ni dia rajin puasa kat sekolah je. mungkin ikut kawan2 dia kot. tapi kat rumah kalau weekend, takde maknanya nak puasa. agaknya tgk si adik makan, dia pun nak makan jgk la. bantai la ammar. apa2 pun, good job la ammar. thn depan puasa lg ye. hihi..

abang ammar, yang perasaan jd ultraman. brp hari je lagi genap umurnya 5 tahun. 

si Azalea plak ada perangai baru sekarang. suka mengamuk guling2 dah sekarang. ni penangan nk dapat adik ke hape ni. dia sgt suka jalan2 tak kesah jalan dekat ke, jauh ke. yang penting keluar rumah. yang tak tahan tu, dalam keadaan mama dia yang tgh sarat ni, kalau dia mengamuk kat mall, dia taknak papa dia dukung, nak mama dia jugak. ni yang aku lomah ni. dah la tgh sarat, pastu dia blh wat perangai camtu. gerammm...tapi kalau dia wat perangai baik, baik sgt la plak. diam je duduk, main sorang2.


tu dia kalau dia tgh berguling. ni kes bergaduh dgn kakak n abang berebut something. aku tak ingat  pebenda yang dia rebutkan. bila tak dapat, tu dia berguling.

dah siap mengamuk, dia memanjat plak kat tv lama yang tak berfungsi ni. bedak tu mmg saje je aku letak kat situ konon taknak bagi dia ambik buat main,rupanya dia panjat jgk. akal dia lg panjang la kn. dah panjat kerusi tak pandai nak turun sendiri. haha.. buat kena gelak jela ko ni..lepas tu ditabur bedak tu sampai berdebu 1 bilik. adoii..nasib baik papa tukang mop..papa mithali.. haha

oo ye..nak citer psl our AZ's baby.. hihi.. tak sangka ank aku dh nak masuk 4 dah tak lama lagi. hihi.. baru2 ni aku ada buat 3D 4D scan. saje la nak tgk keadaan baby. sihat ke tak. alhamdulillah semua normal. nak citer masa scan tu, boleh tak budak tecit ni sorokkan muka dia disebaliknya 'bantal busuk' dia..uri la tu. sabo jela.. doktor siap tepuk2 perut, bila dia berpusing sekejap mukanya, cpt2 doktor snap mukanya..

ni je yang berjaya nampak muka..sambil senyum ye. main aum cak ye.. tu pipi tu, blm kuar lg dah 'pau'. hidung tu macam sama pesen ngan mama je..hidung kemek..haha..

dah tu dia sorok balik muka dia.. bertuah punya bdk.. jantina? yang ni jelas terang dan nyata. tang ni, dia tunjuk plak..haha.. nanti boleh geng la dgn abg ammar, main ultraman ye.. insyaAllah la..

ni jela perkembangan terkini kami sekeluarga. en husband pun sht walafiat, macam aku jgk. haha.. suka bila anak ramai. cuma nak hadap waktu sekarang ni je, dia punya penat,,ya rabbi. Tuhan je yang tau. kena la sabar kan. 

cuma tu la..bila mengandung lagi ni, aku mmg takleh lari dari mengadap bunyi-bunyian dari pelbagai sudut..yang tak bes la kn..aku plak, pregnant kali ni, perasaan tu teramat la sensitif. mudah terusik..seolah2 pregnant tu menjadi 1 kesalahan plak. antaranya ayat yang tak boleh blah.. "power nya ko", "produktifnya", "ko tak merancang ke?", "eh eh, laratnya dia asik mengandung je", "ko kena utamakan kualiti anak, bukan kuantiti anak".. dan byk lagi.. terusik jgk rasa hati tu.. en husband la byk bg semangat kn. semua ni rezeki. kita dah plan cmne skali pun, kalau dh Allah kata nak bagi jugak, sape kita nk pertikai.. eh emo plak.. dah la..mls nk cakap byk. tapi ada jgk kwn2 aku yang bagi semangat. so amik yang positif ajela.

siblings..masa umur hampir sama. lps ni bakal ada sorang lagi..;)

eh..mari kita up kan mood raya la weh.. tak mau sedih2.. hihi..k la.. selamat hari raya, maaf zahir batin. safe journey utk yang balik kg. x sabar weh nk blk kg..hihi..

No comments: