Monday, December 28, 2015

officially a mother of 4

Aku tak tau cmne nak mula ni oii. ok.. kita mulakan dengan Bismillah.. huhu.. ok, aku blurr jap ni..

Straight to the point ajela ye.. Actually aku nk cerita psl pengalaman bersalin anak yang keempat. oh ye.. i'm officially a mother of 4 ye.. 4 org dah anak aku. hihi.. syukur atas kurniaan rezeki dariNya. Betulla perancangan Allah lebih baik dan cantik sgt.. anak2 aku 2 perempuan 2 lelaki dan selang bunga.. Alhamdulillah..

macam mana ek aku nak mula.. nak imbas balik bukan senang..maklumla cerita 3 bulan lps kan.. kira dh basi kot.. kihkih.. tapi masih fresh dalam kepala otak aku ni. sekejap je aku rasa masa berlalu cuti bersalin kali ni.. kali ni aku rasa betul2 tak puas cuti. perasaan tu rasa macam nak sambung cuti sampai awal tahun. nampak sangat masa tu terlalu cepat bergerak sampai aku sendiri rasa macam tak puas. biasanya kalau cuti lama, semangat untuk kerja tu lain macam. tapi kalini tidak.. tak tau kenapa.. ok kembali ke tajuk asal.. senang mengarang ikut point jela kan.. nampak beno blur nk mengarang..

21/9/2015
- jam 2.00 am
  • tiba-tiba aku rasa seolah-olah mild contraction yang aku rasa sangat yakin bahawa itu adalah tanda nak bersalin. sakitnya kejap ada kejap tak..siap kira melalui hp. Blh thn jgk la rasa skt tu. So mmg sangat confident la skt tu skt nak bersalin. aku tak kejutkan suami aku tp aku try tidur, buat tak tau je, sebab sebelum ni kalau sakit pagi2 mcm ni, mlm nanti baru bersalin..try tido, tak berapa nak lena. sampai ke subuh, sakit still on walaupun tak sekerap awal pagi. bila sakit dah makin kerap baru nak kejutkan dia la kononnya..akhirnya aku terlelap..


- jam 6.00 am
  • aku terjaga dan uruskan anak2 macam biasa dan aku inform suami aku, aku dah mula rasa contraction dan aku tak pergi kerja hari tu. so husband aku hantar ank2 ke taska/sekolah masing2, aku plak rehat kat rumah. husband aku kerja mcm biasa, sebab sakit tu masih boleh dikawal. macam biasa la husband aku tu risau la kan tapi dia tetap kerja macam biasa. aku plak nk tidur puas2 memandangkan aku tak cukup tidur malam tu.


-jam 12.00 tghari
  • punya la lama aku tidur. pukul 12 tghari baru bangun..hihi.. and surprisingly, contraction HILANG.. langsung tak rasa sakit.. aku dah pelik dah ni. kebetulan husband call tanya perkembangan. memandangkan sakit hilang, husband cadangkan aku refer klinik la. so dia balik tengahari tu semata-mata nak bawak aku ke klinik. dipendekkan cerita, doktor cakap, aku terkena kencing kotor (lepas buat urine test). doktor cakap memang simptom kencing kotor sakitnya lebih kurang sama macam nak bersalin, cuma sakitnya akan makin hilang, bukan makin kerap macam nk bersalin. ni merupakan pertama kali aku terkena maas prgnant. ank2 aku yg lain tak pernah plak kena mcm tu.. so dapat mc untuk hari tu.. confident je aku boleh bersalin harini kan..kahkah..

22/9/2015
- jam 8.00am
  • aku ada weekly check up pada harini. dan aku rasa badan aku fresh, ringan dan takde rasa sakit apa2. keluar rumah pun rasa happy je..check up macam biasa, takde ape masalah, cuma berat aku menurun skit. then aku ada jgk btau masalah semalam, and doktor cakap, kalau rasa sakit macam tu lagi sekali, trs ke hospital bimbang takut sakit nak bersalin.

-jam 10.30am
  • memandangkan harini aku rasa sihat, aku terus masuk kerja macam biasa. semangat aku siapkan kerja kalini sampai aku tak tau nak buat kerja apa lagi dah..alhamdulillah kalini hampir semua kerja aku settle sebelum bersalin, cuma kalau ada yang pending pun sebab melibatkan org ketiga. yang penting part aku settle. harap tak pening la orang yang tanggung kerja aku nanti.
-jam 12.00 tghari
  • aku tak tau nape, aku rasa mengantuk yang teramat sangat. hampir tersungkur aku kat meja ni ha. puas dah aku bgn duduk untuk hilangkan rasa mengantuk, minum kopi bagai..tapi tak hilang. cuba untuk sibukkan diri sampai tepat pukul 1, ofis dah gelap, tak banyak soal aku trs lelapkan mata atas meja aku. lena selena-lenaya. tapi tepat pukul 1.30 petang aku dah terjaga sebab aku terdengar bunyi 'pop' dan terasa nyilu kat bwh perut tapi aku buat tak tau je..tertanya2 gak..bunyi apa tu? memandangkan masih awal, aku cuba untuk sambung tidur tapi dah tak boleh lelap. Terasa macam nak ke toilet, TAPI, bila aku bangun dr kerusi, aku rasa sesuatu mengalir kat bawah dengan lajunya..air bercampur darah weh... banyak giler..aku cuak jgk, cuba utk tahan drp air tu trs mengalir tapi tak boleh.. habis lantai bawah meja aku dipenuhi air n darah.. aku menjerit la..ala menjerit manja2 gtu.." eh, apa ni kak? apa ni kak?". Seme kakak2 kat ofis terkejut, then ada yg bersuara.."air ketuban dah pecah ni nana". Pertama kali dlm hidup terjadi..kat ofis plak tu. malu oiii..huhu.. Cmni ke rasa ketuban pecah sendiri..ank aku yg lain semua doktor pecahkan ketuban. Patutla ada bunyi pop tu..keadaan menjadi agak kecoh sebab ofis ni sebenarnya agak sunyi, tapi bila jadi camni riuh rendah la kejap ofis ni..ada sorang kakak ofis call ambulans..aku plak kalau blh taknak la sampai panggil ambulans..segan kot..lgpn aku skit pun tak rasa skt. Tp apa2 pun aku sgt hargai concern dorang. Rasa sgt disayangi btl..sungguh. Dalam masa yg sama aku try jgk call husband aku, tp tak dapat2..rupanya line tgh tak btl haritu..aduh duh..time2 ni la line nak buat hal.. dorang plak call ambulans tp ambulans takde plak hari tu..syukur sgt2..eh? Haha..Aku mmg x mau naik ambulans kat sini..segan..huhu..
  • akhirnya aku dpt jgk hubungi husband melalui whatapps.. fuhhh lega yg amat. kesian dorang kena uruskan air ketuban aku yang banyak bawah meja aku tu. Nasib baik takde lelaki kat ofis ni..kalu x malu jgk i..huhu..
  • Tak sampai setengah jam husband aku sampai ofis.. katanya dia pun try call aku x dpt..mmg line tgh x betul hari tu..dia naik ke ofis aku, bawak aku ke kereta.. aku still tak rasa skt apa2, so aku bg cadangan nk balik rumah sekejap nak tukar baju memandangkan baju aku dah kuyup basah, aku x selesa..tp hsbd tak setuju..dia riso jadi apa2 lagi susah.. so kami trs ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Presint 8..
  • Sampai wad..baru aku rasa contraction..mild je..tapi doktor cek VE bukaan dah 4cm. Wow pantas..nsb baik tak blk rumah dulu td. Aku sendiri pun terkejut..cpt btl bukaan. Doktor dtg kat aku btau aku akan dipindahkan ke Hospital Putrajaya memandangkan aku bkn lg kategori berisiko rendah..sebab aku dah full leaking, takut ada apa2 infection..plak dah.. ikut la yg mana terbaik. so merasa la jgk naik ambulans dr presint 8 ke hosp putrajaya. Hsbd aku follow belakang dgn kereta.. sampai je hospital putrajaya aku trs dibawa ke labour room n cek VE utk kesekian kali. Doktor cek bukaan aku baru 3cm. plak dah..kat PBBR tadi 4cm..smpi sini jd makin kecik bukaan, dh kenapa?aku mls nk pk..lantak disitu..yg pasti skt mmg makin kerap.
-jam 4.30pm
  • Menurut cerita husband aku, time ni dia dh tak senang duduk. first dia risaukan aku sebab masih blm dapat khabar berita dari doktor psl aku. second dia risau waktu tu dah pukul 4.30..patut time ni dia kena rush amik anak2 kat taska.jauh jgk perjalanan dari Putrajaya ke Bangi, nak hadap jem lagi..so dia tanya kaunter psl aku then nurse panggil doktor yg uruskan aku dan kebetulan doktor memang ada kat situ. doktor pun btau husband, aku dijangka bersalin mungkin lambat lagi sbb bukaan baru 3cm..confident je doktor tu. so dgn kata2 doktor tu husband decide utk amik ank2 di taska dulu then dtg semula ke hospital. hsbd just call aku btau dia nk amik ank2 dulu. lagipun dia xtau aku berada di labour room yang  mana satu. aku tak kesah pun. aku lebih rela dia urus anak2 drp teman aku kat hospital dan biarkan ank2 lama di taska. husband aku dh call adik dia utk standby jaga ank2 seketika sepanjang aku berada dia hospital. tapi bila dia dh keluar amik ank2 baru aku teringat beg pakaian aku dan baby ada dlm kereta. Adoi.. tak ingat langsung nak minta hsbd tinggalkan beg2 tu..
  • Memandangkan doktor ckp bukaan aku baru 3cm and seme org (nurse n doktor) ingat aku lambat lg bersalin, dorg tinggalkan aku sorg2 dlm labour room smbil melayan skt yg makin kerap. tp nurse sentiasa pantau setiap 10 min keadaan aku. bila nurse tgk keadaan aku makin skt, buat pertama kali dlm hidup nurse offer epidural dan mintak aku sedut gas apa ntah kalau skt makin kuat. htaa xde plak offer camtu. mula aku taknak epidural..berlagak tak?? haha.. sbb sblm ni aku bsalin tak pernah guna epidural kot. tapi bila skt makin tak tertahan, sedut gas pun mcm x mebantu, then nurse offer je trs aku setuju. mengada tak?? nsb baik nurse tak merungut..hihi.. dorg pun prepare apa yang patut utk cucuk epidural kat aku.
  • Jam baru pukul 5pm++ tp aku ckp kat nurse aku dh xtahan nk push.terasa mcm bby nak keluar. Nurse terkejut sbb dikatanya baru 3cm td. Then dia cek VE skali lg.lps tu nurse menjerit.. "dh full dh full..dah complete dh complete"..x sampai seminit ramai nurse dtg kerumun kat aku sbb kepala baby dh nk keluar..Allahuakbar. bukaan yg sgt pantas. nurse pun x sempat siapkan peralatan aku push je..skali push yg sgt kuat, dgn mudah baby meluncur kuar. ya Allah.. alhamdulillah..5.40 pm baby dh selamat dilahirkan.aku sendiri pun tak sangka secepat ini. tak sempat nak epidural pun..ada sorg nurse ckp..cptnya awk ni..mudahnya..alhamdulillah..kalini mmg cukup mudah..
Aku rasa bersalin kalini memang cukup mudah..alhamdulillah.. TAPI, timbul masalah lain. aku mengalami komplikasi yang sgt dasyat, yang menyebabkan aku sgt trauma.. tgk la kalau rajin aku buat entry lain cerita pasal ni.. kalau rajin la.. hihi..

Welcome dear Amzar Zuhayr Shah to our family..
Owh lupa nak citer. tadi aku ada citer yang aku lupa nak suruh husband tinggalkan beg pakaian aku dan baby kan.. gambar yang atas ni mmg betul2 fresh from oven.. berbungkus elok je oleh nurse..tapi kesian takde pakaian langsung..haha.. papa sampai hospital pukul 8mlm baru nurse pakaikan baju..kihkih..sian la dia..

day 2

dah nak discharge dah time ni

day 42



latest.. sekejap je dah 3 bulan..



1 comment:

muhammad nizam said...

Alhamdulillah... tahniah.. comel baby