Thursday, December 31, 2015

Pertama kali or kali pertama or first time

Dah lama dah aku draf ni.. ni baru nak post..hihi.

Kemungkinan besar entry ni akan banyak keluar perkataan ikut tajuk kat atas kot.. hehe.. mungkin la.. sebab aku ada banyak nak citer pasal banyaknya pengalaman pertama kali aku untuk pregnant dan bersalin anak keempat ni.. eceh, mcm la banyak sgt.. kihkih..

Walaupun aku mengandung dan bersalin anak keempat, tp pengalaman kalini agak berbeza berbanding ank aku yang lain. dah macam anak sulung dah gayanya..hihi.. maklumla banyak mende yang pertama kali kena hadap.. antaranya :
  • Terkena kencing kotor masa pregnant
          Untuk ibu mengandung mmg tak pelik la kalu terkena kencing kotor. bila dah bawak baby memang akan mengganggu sikit kita punya buah pinggang kan, terutama trimester terakhir. tu yg asyik nak terkencing je kejenya..hihi. tapi pada aku ni memang first time aku terkena kencing kotor. aku tak ingat la ape nama saintifiknya. sila la tanya pakcik google. cuma aku nak citer, sakitnya tu. memang real macam nak beranak dah aku rasa. cuma dia tak kerap dan makin hilang. tak pasal2 aku keliru dengan contraction. hihi..

  • Air ketuban pecah sendiri
         First time ko air ketuban pecah sendiri. kat ofis plak tu.. oii malu weh..hehe.. kalau aku tau la nak bersalin hari tu, memang aku tak pegi keje dah hari tu. merasa la pecah ketuban kat ofis.. hihi. masa terdengar bunyi 'pop' tu, boleh plak aku wat lek wat peace je, macam takde apa2 berlaku. dah kata first time kan, mana la tau tu bunyi ketuban dah pecah. dulu masa mengandungkan anak2 yang lain, berangan jugak kot la ketuban pecah sendiri. sebab bila doktor pecahkan, memang sakit oii.. plak tu org kata kalau ketuban pecah sendiri, bukaan lebih cepat, dan lebih mudah bersalin katanya. betul la kot apa yang di kata. merasa la jgk akhirnya. cuma lokasi je tak kena..haha.. apa kan daya.. 
  • Bersalin di Hospital Putrajaya
          Pertama kali dalam hidup aku bersalin di Hospital Putrajaya yang memang tak pernah tersenarai dalam kepala otak aku nak bersalin kat situ. hihi.. plan awal bila aku disahkan mengandung, memang aku nak bersalin di sini. 'Sini' tu bermaksud bukan bersalin di kampung, sebab si Arianna sekolah kan, memang tak sanggup la nak pontengkan sekolah dia sebab tarikh jangkaan bersalin aku semakin hampir dengan final exam sekolah dia. so redha jela bersalin kat sini. pilihan aku pada mulanya Hospital Serdang tapi doktor tak galakkan bersalin kat sana sebab labour room under renovation. kecuali hal-hal tertentu yang menyebabkan aku terpaksa bersalin di sana, redah jela cuma mungkin tak selesa la sikit..phm2 jela renovation ni. memandangkan rekod mengandung aku ok, seme normal, so doktor cadangkan aku bersalin di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Presint 8, Putrajaya. masa tu aku  masih lagi dikategorikan sebagai risiko rendah. kitaorang blur jugak la sebab tak tau pun kewujudan PBBR ni. so kitaorang survey la tempat tu dulu memandangkan lokasi PBBR ni bukan dekat Hospital Putrajaya. kang sesat naya jugak. ok..sekali imbas not bad la tempat tu. so setuju la nak bersalin kat PBBR kononnya. tapi tak sangka plak aku full leaking dah bkn lg kategori risiko rendah. terpaksa la transfer ke Hospital Putrajaya. merasa la ko bersalin kat Hospital Putrajaya. Tak plan langsung nak bersalin kat situ. tapi ada hikmahnya jugak la. Nanti aku cerita hikmahnya. Hospital Putrajaya pun ok. layanan first class. siap offer epidural walaupun normal. ingatkan private hospital je boleh epidural walaupun bersalin normal..hehe.. 

Owh ye..ketiga2 anak aku yg lain aku bersalin di HTAA kuantan. So tak dapat la si amzar ni ic 06 ye..dia dh jd 16..special skit..kihkih..

Menu di Hospital Putrajaya. not bad ek..

 Breakfast

Lunch

  • Suntikan epidural
          First time aku diberikan suntikan epidural. mesti pelik kan. kata tak sempat epidural masa bersalin, tapi ni kata kena epidural plak...haaa.. ada citer disebaliknya kenapa aku kene epidural. kalau orang lain kena epidural sebelum bersalin, sama ada normal or ceaser. biasanya ceaser la.. tapi kes aku ni special sikit. epidural SELEPAS bersalin. hihi.. aku memang trauma weh. bukan trauma sebab kena epidural, tapi komplikasi yang aku alami selepas bersalin tu menyebabkan aku trauma. citernya selepas selamat bersalin, atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa tak perlu la kot aku citer kat sini..huhu.. tak pasal2 aku ditolak ke Dewan Bedah (OT) untuk rawatan lanjut disebabkan 'hal' itu.. kira emergency la ni. time ni aku akan dibius separuh badan.. so kena epidural la. dah macam nak bersalin ceaser. Aku dh seram sejuk dh bila doktor inform masalah 'hal' tu pd aku. Sampaikan ms aku nk sign macam2 surat, menggigil tgn aku..huhu.. nk nangis pun ada ms tu, tp control. plak tu, husband aku belum sampai lagi masa ni, memang pasrah jela aku. Disebabkan 'hal' itu, aku kehilangan byk darah dan sebanyak 2 pain darah dimasukkan ke dalam badan aku. ntah darah sape la tu yek..redha jela.. kesannya aku terima kesakitan yg amat sgt..sakitnya ya rabbi. Kesan sakit tu rasa selepas bius habis. Allahuakbar, tak tau nak put in words dia punya rs sakit tu cmne. Tapi apa2 syukur semua selamat dan aku sihat skg.. ni la hikmahnya yg aku ckp ms aku ditransfer dr
PBBR ke hosp putrajaya. Cuba bygkan kalu aku bersalin kat PBBR, agak2 ape jd kat aku?? Agaknya mesti kena transfer gak akhirnya ke Hospital Putrajaya dalam keadaan sakit tu..Allahuakbar.. syukur alhamdulillah..

Aku keluar OT jam 10 pm++ baru jumpa en. suami. huhu..sedih tak? dia nampak aku keluar dari OT, terus tanya, "kenapa ni? ada masalah ke sampai darah banyak hilang?". Dan2 tu air mata aku keluar..huhu..cengeng jgk ko ni..hihi. menurut kata husband aku, dia sampai hospital lebih kurang pukul 8pm camtu, then terus jumpa doktor bertugas sebab dia tak dapat hubungi aku. doktor dah explained sebenarnya kat dia apa yg berlaku kat aku, tapi biasala doktor cakap byk guna bahasa saintifik/medic term ni menyebabkan husband aku tak berapa faham apa yang doktor terangkan. cuma husband aku agak cuak jugak bila doktor cakap aku banyak kehilangan darah. aku pun explain la apa yang terjadi. dugaan betulla. lepas keluar OT, aku kena bed rest selama 6 jam, langsung tak boleh bangun. memang tak boleh bangun pun, sebab kesan epidural tu kan, kaki aku kebas sampai subuh. kalu baby nangis nak susu, nurse yang tolong aku amik si amzar dari baby cot, padahal baby cot sebelah aku je. hilang je bius, mula la aku rasa kesakitan yang amat sangat. seriously, aku trauma bukan sebab bersalin, tapi kesakitan yang aku alami ni la..huhu..

  • Berpantang sendiri
          Untuk bersalin kali ni aku berpantang sendiri. nampak macam mudah je kan, tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. kami seboleh-bolehnya taknak menyusahkan mak abah atau sesape  saje sepanjang kami berpantang. kami memang tak inform pun mak-mak kami untuk jaga aku masa dalam pantang, sebab tak nak menyusahkan mereka. kecuali masa aku warded, terpaksa la minta bantuan adik ipar utk jagakan anak2 aku sekejap sementara husband uruskan aku di hospital. kesian dan ada jugak rasa bersalah kat adik ipar, sebab masa aku bersalin dia dah apply cuti untuk Raya Haji dan dia plan nk balik kg keesokannya. tapi bila dapat tau aku bersalin, dia terus cancel nak balik kampung, sebaliknya mak mertua dan keluarga aku yang datang beraya kat sini. hihi..

masa seminggu pertama selepas bersalin, keluarga aku dan  keluarga mertua ada datang. masa dorang ada, boleh la dorang tolong apa yang patut. kebetulan hari tu dah nak raya haji, so taska anak2 semua tutup, dorang la bertungkus lumus jaga anak2 dan masak untuk kami semua. terima kasih sangat kepada semua yang datang jauh dan banyak membantu apa yang patut.

cabaran bermula bila mereka semua beransur balik ke tempat masing-masing. semua kena handle sendiri. seriously semua tak semudah yang disangka. mungkin sebab pertama kali berpantang sendiri, rasa macam kelam kabut sikit. ditambah plak dengan amzar yang ada masalah jaundis/kuning, kena ulang alik hospital/klinik. Allahuakbar, penatnya ya rabbi. husband plak mana nak hantar anak2 sekolah, nak hantar aku dan amzar ke hospital/klinik, nak masak , urus rumah, urus anak2, urus aku yang tengah sakit, terutama minggu pertama dan kedua lepas aku bersalin, semua dia kena urus sendiri, maunya tak penat. aku plak dengan keadaan tak berapa sihat lagi, dah kena rush ke sana ke sini. banyak ke hospital/klinik la. keadaan memang sangat hectic masa tu. nak taknak memang ke hadap la kan. bila lagi nak merasa..haha..

Menu dalam pantang yang husband masak. terima kasih sebab sediakan semua ni.. dalam kepenatan dapat jugak dia sediakan semua ni utk aku.. i'm touch.. huhu..






  • Rawatan jaundis di Hospital Putrajaya
         Anak-anak aku kalau tak kena jaundis memang tak sah. maklumla omaknya darah O.. huhu.. kalau nak ikutkan dari segi rawatan jaundis ni lebih kurang sama je mana2 hospital pun. Anak akan diletakkan di bawah lampu fototerapi tu.. lepas tu doktor akan amik darah anak, dan kenalpasti tahap bacaan bilirubin tu kan. biasa la ni. cuma yang tak best nya prosedur rawatan jaundis di hospital ni. anak kena tinggal di hospital, manakala ibu kena balik rumah, nurse yang akan uruskan ank kita tu dan kita cuma perlu bekalkan susu ibu aje. adoi.. pertama kali kot. ketiga-tiga anak aku tak pernah tinggal sorang2 kat hospital semasa rawatan demam kuning ni. aku ingatkan semua hospital kerajaan sama je prosedur. rupanya tak sama ek. HTAA plak ibu perlu rooming sekali dgn anak jika anak warded utk jaundis ni. Mungkin sebab takde ruang kot utk ibu stay agaknya. first time aku tinggalkan baby kat hospital, balik rumah rasa pelik plak. sayu la jgk rasa hati tu. bertabahla wahai hati katanya..adoii..

Amzar warded masa hari ke 3 kelahiran dia. pagi hantar hospital then nurse suruh aku balik, baby je tinggal. menurut kata doktor, nurse akan call aku untuk maklumkan keadaan anak aku dan tahap bilirubin dia. memandangkan amzar warded di NICU, so ibu/bapa boleh datang bila2 masa utk melawat, tak perlu tunggu waktu melawat. keesokannya nurse call aku. aku ni ingatkan anak aku dah boleh discharge. rupanya amzar kena warded di PBBR plak. kalini bila warded kat PBBR, ibu diminta rooming skali dengan baby. eh gitu la plak. so merasa la jugak aku warded di PBBR dengan amzar walaupun bukan untuk bersalin.. nak jugak stay kat PBBR ye. huhu..first time nih..

Wad PBBR boleh tahan jugak selesa nya. macam private hospital pun ada. bilik single. dok sorang2.. maksudnya aku stay dengan anak aku jela, tak berkongsi dengan sesape macam hospital kerajaan yang lain. memang privacy la weh. Eh memang selesa la. Cuma aku tak paham, kenapa rawatan ni tak buat trs je kat PBBR? Kan senang. Tak perlu ulang alik dr hosp putrajaya ke PBBR. Eh eh,ko sape nak pertikai?? Pandai2 je ko..haha.. dorang ada sebab la tu ek..huhu..


dah berspec dah. masa ni kat hospital putrajaya. masa dia di bawah lampu tu, kita takleh amik gambar..hospital tak benarkan. ni aku amik kejap dak tecit ni utk menyusu, tu yang snap tu..


yang  ni di PBBR. aku dapat bilik single seperti no bilik di atas. jgn ditanya apa tu NNJ. 'J' je aku tau, jaundis kot..huhu..

 tu dia biliknya. hanya aku dan baby.tu kat sebelah tu..

kat sini aku je dok dgn baby, boleh la amik gambar puas-puas.. hihi..

time ni tahap bilirubin dia dah turun sikit and ready for discharge. tapi ianya tak berhenti di situ. kena sentiasa follow up dia klinik kesihatan la plak sampai doktor puas hati dgn darah dia. dah la amzar disahkan prolong jaundice plak. umur dia 42 hari baru clear. boleh bayangkan tak betapa penatnya kami ulang alik ke klinik atau hospital dan amzar plak kena cucuk amik darah hampir setiap hari sampai hari ke 42...adoi.. kalau boleh dah taknak hadap dah semua ni, boleh tak? huhu..


See! Sebenarnya pengalaman 1st time tu takde la banyak mana pun. Cuma cerita tu jd panjang..hihi.. memang semuanya pengalaman baru pada aku macam baru bersalin anak sulung. Sebab tu la masa dalam pantang life kami kelam kabut semacam je..hihi

the latest of them.. bangun pagi seawal jam 5.45am.. bertuah tak? haha..

No comments: