Friday, January 16, 2015

Cuti Sekolah - Taman Botani Shah Alam

30hb Disember bawak anak2 ke Taman Botani plak.alhamdulillah cuaca amat baik. tak terlalu panas dan tak hujan. mendung la maknanya...dengarnya dulu Taman Botani dikenali sebagai Bukit Cerakah.. oo kesahnya..pagi tu dorang seme pakat bangun lewat. lebih kurang pukul 9 pagi baru bangun masing-masing. tu kira lewat dah tu. sebab budak2 kebiasaannya pukul 7 dah bangun. tapi hari tu mungkin budak-budak kepenatan kot, tu yang masing-masing tidur kemain lagi.

dah bangun tu, bersiap dan kemas apa yang patut. lebih kurang pukul 10.30 turun and terus check out. sebelum tu breakfast dulu di Hailam Kopitiam.

"kakak takde mood la mama nak amik gambar..kenapa??..sebab kakak terlalu lapar...alala,kesian"..haha.. sabo jela budak ni.. yang si ammar maintain. ammar ni nampak je badan bulat, dia sebenarnya tak kuat makan sangat. tapi kuat minum susu. aku memang taknak paksa dia berhenti susu, biar dia sendiri yang 'say no' macam kakak dia. kakak darjah 1 baru stop susu dengan kerelaan hati dia..haha..

Oleh kerana dapat 3 kupon breakfast so kami pilih dan bantai roti canai, nasi lemak dan set roti bakar + telur separuh masak. air plak, kopi, barli dan teh. nahhh amik la kakak. tadi kata terlalu lapar. lepas tu dah tak tau nak makan mana satu. rambang mata plak. alahai..ni baru ala carte nih.. kalau buffet tak tau la..hihi

Dah siap makan terus ke Taman Botani. Bagi kami mak pak deme2 ni, tempat ni memang first time pegi. tapi bagi si arianna dan ammar, dorang dah banyak kali pegi masa lawatan tadika dorang. sampai je sana, ayat yang terkeluar dari mulut dorang, rasa macam dah pernah pergi je..haha..

 Mula-mula beli tiket dulu ye. ko tgk harga tiket tu. 'mahal' kot. orang 'kaya' macam iols je pegi sini..haha. harga tiket masuk RM3 seorang dan kalau nak ke rumah iklim sederhana empat musim kena tambah RM 5 seorang. kanak-kanak harga lain tau..murah lagi, lupa plak brp rm.

 sementara tunggu papa dorang beli tiket..tgk la dorang ni..


 ni masa tunggu bas nak masuk ke dalam. owh..kena naik bas rupanya. 

 bas dah ada..tunggu driver je..

 gigih amar baca map


ok driver dah sampai..moh la kita..

rupanya nak masuk ke dalam tu jauh jugak ye. patutla ada bas. boleh jugak kalau nak jalan kaki atau naik basikal. basikal sewa pun ada disediakan. aku tak harap la nak jalan kaki dgn budak2 ni.. jauh kot.. tempat pertama yang kami terjah ialah seperti gambar di bawah

Four Season House. pada mulanya aku membayangkan rumah ni ada semua musim kat dalam tu. rupanya dia ikut musim semasa. masa kami pegi tu musim salji. so merasa la keadaan salji dalam tu. sejuk hoiii tempat ni..

tgk adik kesejukan..dah la awak tu tak sihat..alahai..







belakang tu, ada org tgh buat pengambaran rasanya..

ada olaf la kat belakang..kata kakak..hantu frozen sungguh la budak ni..


papa control macho. relax je nampak macam takde apa2. padahal dia menggigil tu..haha


cuba cari apa yang pelik kat gambar ni.. haha..tak yah cari la, biar aku yang btau. haha.. nampak tak hidung aku dah kemerahan. wahaha.. dah macam mat saleh celup dah.. kata en.suami, hidung mama macam badut...apekah?? haha..aku tergelak guling-guling.. ada ke patut dia kata hidung aku macam badut..tak patut..tak patut..;)

Serius sejuk. bercakap pun berasap mulut. tgk la suhu dia -4c. giler kentang. tak sangka sesejuk itu. ingatkan sejuk ala-ala cameron highlands ke. so takde la berpakaian lengkap. kalau di snowalk, pakaian lengkap disediakan. tapi dengarnya snowalk lagi sejuk kan..kalau kat sini aku just sediakan baju sejuk jela untuk budak2 tu. kesian dorang..tak boleh dok lama sini. konon taknak pegi snowalk takut dorang seme tak tahan sejuk terutama si lea yang tgh tak sedap badan. rupanya kat sini pun sejukkkk jugak..mujur demam lea tak melarat...apa2 pun ianya satu pengalaman yang best la jgk terutama anak2 aku dan sesuai la dgn harganya yang 'mahal' tu. haha.. tak habis2 lagi dorang bercerita sampai sekarang..

lepas tu next..

 tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya.. ecehh..

ke taman haiwan. ni memang favourite anak2 aku.. ammar rasa macam dah pernah pergi la kat sini, yeayy..amboiii..mentang2 dia dah pegi..eksen..hihi






Budak-budak ni memang suka la hai kalau tgk animals ni. kalau blh nak bawak balik..katanya..amboi..

 dorang ni kalau mood baik, bab posing memang boleh harap. yela tempat yang dorang suka, senyum ajela manjang











Nampak tak kegigihan mama korang ni mendukung adik korang tanpa baby carrier mahupun stroller. haha.. tula, papa dah offer suruh bawak stroller and baby carrier, jual mahal. simpan buat pekasam dalam kereta. dah la adik korang ni taknak papa dukung. nak mama jugak. hadeii 'katang' lengan mama ko ni tau..haha..sebab aku pikir renyah la nk usung stroller sebab naik bas kan. padahal kalau bawak pun ok je. huhu..pastu balik rumah ngadu lenguh tangan..padan mukoo..;D


 tengok budak kecik ni kalau dgn papa, elok plak nk jalan sendiri. kalau dgn mama, taknak berjalan..nk berdukung aje..gerammm nk gigit..hehee..

sayang banyak tempat tak bukak hari tu sebab under construction. kalau ikutkan banyak tempat lagi blh pegi macam taman kaktus, taman orkid dan lain-lain. tu pun kami dah kepenatan sangat. nasib baik cuaca mendung. kalau cuaca panas tak tau la aku.

then lepas habis round kami terus keluar dan cari tempat makan. disebabkan kepenatan hilang semua selera. yang selera hanya ini..
tadaaa..sedap ni wookk..nasi memang tak layan. anak2 pun sama. 

dah siap makan, en suami kata jom pegi wet world nak? cuba teka apa reaksi budak2 tu?? ala kakak penat la..ammar nak tidur la.. hah reti pun penat. haha..dalam kereta masing-masing tertidur. kami kepenatan terus bertolak ke bangi..sampai bangi dorang semua dah bangun, semua kelaparan. cari plak kedai makan sebelum balik rumah. 

ini ajela cerita cuti sekolah tahun ini. eh tahun lepas la kn. takdela hebat mana. cukup sekadar dapat menggembirakan anak-anak..itu aje. sekarang sejak anak dah bersekolah, baru la tau betapa pentingnya cuti sekolah. dan perancangan cuti kami semuanya tertakluk kepada cuti sekolah especially hari-hari penting macam contoh hari raya ke. biasanya sekolah dah tetapkan hari cuti untuk hari raya, so cuti kami pun akan ikut jadual sekolah kakak. tahun 2015 ni insyaAllah akan ada perancangan untuk mereka masa cuti sekolah dan harap dipermudahkan serta dipermurahkan rezeki kami.. InsyaAllah..



Tuesday, January 13, 2015

Cuti Sekolah - ICity Shah Alam

Pagi 29hb Disember 2014 hari tu, awal-awal lagi dah bersiap. siap breakkfast apa bagai la. tapi memandangkan hari hujan, kami keluar rumah takde la awal pagi sangat. lebih kurang 11 pagi baru keluar. dah nak tengahari dah.. takpela lambat skit kan. lagipun check in pukul 3. so sampai sana kononnya nak ke Taman Botani dulu la dengan harapan bumi Shah Alam cerah la hendaknya..ecehh..

tapi langit tak selalunya cerah.. wahaha.. ayat ko.. rupanya kat Shah Alam pun hujan jugak. demi menghabiskan masa sementara nak tunggu jam 3 untuk check in, moh la kita round shah alam.

mula2 en. suami bawak round kat area Taman Botani. kan asalnya memang nak ke sana dulu, tapi dah hujan, kita tunda la esoknya plak untuk masuk ke dalam. tu pun kalau cuaca mengizinkan. pusing-pusing kat luar jela dulu. yang penting dah tau tempatnya kat mana. then ajak en. suami menuju ke Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah), masjid glamor kat Shah Alam tu. Ajak dorang seme solat Zohor. Kali terakhir aku ke Masjid ni masa umur aku 13 tahun kot. terpegun waktu tu sebab kalau nak berwuduk tak payah susah-susah bukak pili, just hulur je tangan, air akan terkeluar. hah, waktu tu memang jakun habis la. anak-anak aku mula dah buat macam rumah sendiri, berlari ke sana sini. maklumla luas kawasannya. mujur tak kena tahan kena mak guard. hadoii sabo jela wahai anak.. 

tak sedar kot lama sangat kat masjid tu, dah dekat 3.30pm baru gerak ke hotel untuk check in. dah check in, konon nak rehat la tidur ke apa ke kan,, tapi harammmm tak leh tidur. bkn sebab bertukar tempat tidur ye, tapi kanak-kanak riang tak tidur acane omaknya nak tidur. budak2 mana reti penat. yang tidur cuma lea je, tu pun sekejap sangat sebab kakak dan abg dia membising. haha.. kita ni puas la memujuk deme2 ni suruh tidur, sebab malam nak kuar jalan2..hmm...haram..lg deme melompat-lompat adalah.. takpe asal mereka happy..

malam lepas maghrib terus keluar. pegi makan dulu. ajak en suami ke Seksyen 2, lps tu baru ke Icity.

 jom tgk map dulu


Budak berdua ni terpegun tgk lampu cantik2..panggil untuk amik gambar pun buat dek je..hihi





 budak berdua dalam tu...kemain tersengih-sengih tanpa disuruh..








 hah yang kelakar.. ni la yg dorang dok takut sangat. sorang pun taknak bergambar. buat kena gelak dgn 'hantu' tu je..boleh buat umpan nih..hahah..

  Gigih tak mama ambil gambar sambil dukung si kecik..;p



hah ni aku suka...

nak ke Icity tiada bayaran dikenakan TAPI seperti yang sedia maklum, parking dan game kat dalam tu ada la bayaran yang dikenakan. kalau tak silap game kat dalam ni paling murah RM5 rasanya. lupa lak. 

lepas dah round Icity konon nak masuk Snowalk.. mmg dah ada dalam kira-kira untuk ke Snowalk. nak jadi cerita, panas plak badan si lea. demam la plak..risau jgk nak bawak dia masuk situ. plak ramai yang cakap snowalk kan sejuk sehinggan -4c suhunya.. risau takut melarat je demamnya..takpela..maybe next time.. nasib baik tak berjanji apa-apa dgn budak berdua tu. kalau tak, mst asyik ber'zikir' ajela..hihi..

masa first time pegi sini, tak ingat thn bila, snowalk takde lagi. masih under construction kalau tak silap aku. hanya boleh masuk pintu depan je untuk bergambar. game pun tak banyak waktu tu. tapi sekarang macam2 ada..

lebih kurang pukul 11 malam kitaorang dah balik hotel. btl kata en. suami, nasib baik book hotel. kalau trs balik bangi rasanya mau ada yang pengsan..haha..aku la tu.. blh thn penatnya..